awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jejantas dari stesen MRT Bandar Utama ke 1 Utama dibuka

Bernama
Bernama
01/02/2018
20:46 MYT
Jejantas dari stesen MRT Bandar Utama ke 1 Utama dibuka
Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corporation Sdn Bhd, Datuk Najmuddin Abdullah berkata, laluan baharu itu akan memberi manfaat kepada pengguna dan penyewa. - Gambar fail Astro AWANI
Jejantas pejalan kaki sepanjang 35 meter yang menghubungkan Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Bandar Utama dan pusat beli-belah 1 Utama dibuka secara rasmi pada Khamis.
Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corporation Sdn Bhd, Datuk Najmuddin Abdullah berkata, laluan baharu itu akan memberi manfaat kepada pengguna dan penyewa dengan menyediakan kemudahan pengangkutan serta akses ke pusat beli-belah dan pejabat di Bandar Utama City Centre.
Beliau berkata jejantas pejalan kaki yang dibina oleh Bandar Utama City Corporation Sdn Bhd, yang menghubungkan Pintu Masuk B Stesen MRT Bandar Utama dan Bandar Utama City Centre akan menyediakan pintu masuk dan keluar kedua ke stesen itu, sebagai tambahan kepada Pintu Masuk A yang menghubungkan stesen itu dan 1Powerhouse.
"Perkhidmatan bas pengantara percuma dari, dan ke 1 Utama juga disediakan oleh pusat beli-belah itu untuk mengambil dan menurunkan penumpang dari Terminal Bas Pengantara MRT 1Powerhouse yang menempatkan MRT Park and Ride serta kemudahan sampingan lain.
"Dengan jejantas itu, ia akan memudahkan pengguna ke Bandar Utama selain menggalakkan lebih ramai orang menggunakan kemudahan MRT. Ini tentunya situasi menang-menang buat semua pihak yang terlibat dan orang awam," katanya dalam kenyataan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bandar utama
#bas
#MRT
#Najmuddin Abdullah
#One Utama
#pusat membeli-belah
#Stesen Transit Aliran Massa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan