awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jelajah AKM Kelantan: Jualan minyak masak peket jadi perhatian ramai

Bernama
Bernama
22/07/2022
04:48 MYT
Jelajah AKM Kelantan: Jualan minyak masak peket jadi perhatian ramai
Orang ramai mula berkunjung ke ruang pameran sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV hari ini. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Antara yang dilihat menjadi tumpuan ramai pengunjung Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi Kelantan di Stadium Muhammad IV di sini hari ini ialah jualan minyak masak peket satu kilogram (kg) yang berharga RM2.50 di reruai FGV Holding Berhad.
Perunding Jualan FGV Syeikh Mohammad Saifullah berkata selain minyak peket satu kg, turut menjadi tumpuan ramai yang berkunjung ke reruai FGV adalah jualan minyak masak 5kg yang berharga RM40 sebotol.
"Yang istimewanya di reruai FGV ini, dengan setiap pembelian minyak botol saji 5kg pembeli akan menerima Santan SAJI secara percuma semasa jualan happy hour," katanya ketika ditemui Bernama.
Sementara itu seorang pengunjung Danny Eun, 68, meluahkan rasa puas hati kerana reruai FGV itu memudahkan beliau mendapatkan barangan keperluan seperti minyak masak peket berkenaan.
“Pembelian pertama saya adalah minyak masak TIGA UDANG 1kg.. kalau di luar sana (kedai runcit) memang teramat susah untuk dapatkan minyak masak peket ini sebab bekalannya sentiasa tidak mencukupi,” kata pesara itu.
Seorang lagi pengunjung yang juga merupakan suri rumah daripada Pengkalan Chepa, Rabiatul Akmal, 37, turut tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan dua pek minyak masak peket satu kg, dan beliau amat jelas bersyukur dengan kemudahan yang disediakan FGV di reruai berkenaan.
Jelajah AKM Kelantan bermula hari ini hingga Ahad bakal memanfaatkan Keluarga Malaysia di Kelantan dengan pelbagai program rakyat dan digitalisasi selaras dengan hasrat kerajaan memantapkan pendigitalan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jelajah AKM Kelantan
#minyak masak peket
#FGV
#Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan