awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jelajah Jiwa SME: Ramai usahawan dilahirkan, bukti kejayaan 'Santai Namun Sampai 2023'

Faida Rahim
Faida Rahim
26/11/2023
11:50 MYT
Jelajah Jiwa SME: Ramai usahawan dilahirkan, bukti kejayaan 'Santai Namun Sampai 2023'
Seramai 65 usahawan menyertai sesi saya jual di lima buah negeri termasuk Sabah, Johor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jumlah penyertaan tinggi dalam kalangan usahawan adalah bukti kejayaan program 'Santai Namun Sampai', termasuk yang diadakan di tiga lokasi penganjuran Jelajah Jiwa SME di Kota Bharu, Bukit Mertajam dan Kuala Lumpur.
Naib Presiden Kanan, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) & Koperasi Bank Rakyat Tun Yazli Hismul Asri Yaacob memaklumkan pihaknya akan terus memberikan nilai tambah kepada usahawan tempatan.
Beliau berkata demikian selepas sesi pembentangan idea 20 peserta sesi 'Saya Jual' di Jejalah Jiwa SME di The Curve, Mutiara Damansara pada Ahad.
"Santai Namun Sampai merupakan program Bank Rakyat di bawah anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP).
"(Tujuannya) tidak lari daripada membangunkan usahawan. Salah satu inisiatif untuk ke depan, membangunkan usahawan ini, yang kita adakan program di 12 lokasi melibatkan 1,500 usahawan," katanya.
Naib Presiden Kanan, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) & Koperasi Bank Rakyat Tun Yazli Hismul Asri Yaacob
Naib Presiden Kanan, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) & Koperasi Bank Rakyat Tun Yazli Hismul Asri Yaacob
Dalam pada itu, Bank Rakyat turut tampil dengan inisiatif Program Memperkasa Graduan Ke Arah Keusahawanan merangkumi modul latihan merangkumi kursus keusahawanan, pengurusan perniagaan dan strategi pemasaran.
Tambahnya, dua inisiatif ini akan diteruskan Bank Rakyat pada tahun 2024.
Sementara itu, syarikat Bizmilla Wedding Centre (Norsyarmilla Jirin) dipilih sebagai penyertaan terbaik dalam sesi Saya Jual tajaan Bank Rakyat di lokasi terakhir jelajah jiwa SME pada tahun ini.
Bagi penyertaan berpotensi pula dimenangi oleh Rush Roastery (Aizuddin Samni), Istana Bonda (Hafizul Yusran) dan Forever Coffee Roaster (Najmuddin Nan).
Seramai 65 usahawan menyertai sesi saya jual di lima buah negeri termasuk Sabah, Johor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Sesi Saya Jual merupakan usaha memperkasakan lebih ramai usahawan syarikat perniagaan terutama perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Dapatkan informasi terkini berkaitan Jelajah Jiwa SME di sini
Topic Berkaitan
#Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
#pulau pinang
#keusahawanan
#Bank Rakyat
#Jelajah Jiwa SME
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan