TEMERLOH: Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular memaparkan seorang jemaah lelaki meninggal dunia ketika menunaikan solat Asar di sebuah masjid di daerah ini pada Sabtu.
Rakaman CCTV berdurasi tiga minit empat saat menunjukkan tarikh kejadian berlaku pada 19 Ogos lalu yang dimuat naik seorang individu menggunakan nama Muhammed Lotfi bin Osman di aplikasi TikTok pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.51 petang itu, lelaki tersebut dilihat seakan-akan terkaku ketika berada dalam keadaan duduk tahiyat akhir.
Beberapa jemaah lain cuba membantu, namun lelaki itu kemudiannya rebah dan difahamkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Dalam pada itu, perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi warganet dan membanjirinya dengan ucapan takziah atas pemergian individu tersebut.
Bagaimanapun, ada juga warganet meluahkan rasa terkilan atas sikap beberapa jemaah yang didakwa lambat memberikan pertolongan kepada lelaki berkenaan.
"Itulah sikap kita zaman sekarang.. tak ambil peduli apa yang jadi di sebelah kita walau sebaris saf," ujar ZamHuda.
Pahlawan pun berkata, "Kenapa selepas selesai solat jemaah di sebelah tak datang tengok, mungkin boleh beri bantuan awal dan diselamatkan. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman."
Sementara itu, seorang individu dikenali sebagai Mat Apit 07 di ruangan komen memberitahu bahawa lelaki itu adalah abang sepupunya.
"Al-Fatihah untuk abang sepupu saya, Rahman namanya, dekat Temerloh, Pahang," ujar individu terbabit.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 24 2023
Tangkap layar yang dimuat naik pengguna TikTok di aplikasi berkenaan pada Selasa. - Sinar Harian
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua lagi jemaah haji negara meninggal dunia
Kematian lelaki berusia 71 dan 53 tahun itu masing-masing disebabkan kegagalan buah pinggang dan sumbatan pembuluh darah di perut serta jangkitan kuman pada paru-paru.
Jemaah masjid meninggal dunia ketika tahiyat terakhir
Satu rakaman CCTV tular memaparkan seorang jemaah lelaki meninggal dunia ketika menunaikan solat Asar di sebuah masjid di daerah ini pada Sabtu.
11 jemaah Thailand meninggal dunia semasa tunaikan haji
Lebih daripada 50 peratus pesakit menunjukkan simptom paru-paru dan penyakit pernafasan lain, kebanyakannya warga emas.