awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thaipusam turut sumbang kepada sektor pelancongan, ekonomi setempat - Kon Yeow
Ziarah MADANI sempena Tahun Baharu Cina perkukuh keprihatinan kerajaan
Sifat organik tanah gambut jadi cabaran dalam operasi pemadaman kebakaran - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemaah Menteri setuju cadangan had tempoh PM selama 10 tahun - Azalina

Seth Akmal
Seth Akmal
31/01/2026
04:40 MYT
Jemaah Menteri setuju cadangan had tempoh PM selama 10 tahun - Azalina
Kerajaan juga bercadang untuk melaksanakan beberapa pindaan yang berkaitan kepada Perlembagaan Persekutuan dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada sidang kali ini juga, kata Azalina. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kabinet Kerajaan MADANI bersetuju cadangan dasar had tempoh Perdana Menteri selama 10 tahun, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, perkara tersebut diputuskan semasa mesyuarat Jemaah Menteri semalam.
“Keputusan ini dibuat selepas Jemaah Menteri meneliti secara menyeluruh input dasar, pandangan awam serta syor-syor yang dikemukakan melalui sesi libat urus holistik dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan,” katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menurut Azalina, cadangan ini bertujuan untuk mengelakkan penumpuan kuasa berlebihan, memperkukuh sistem demokrasi serta meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kepimpinan negara, selaras dengan amalan demokrasi matang di peringkat antarabangsa.
Tambah beliau, kerajaan juga bercadang untuk melaksanakan beberapa pindaan yang berkaitan kepada Perlembagaan Persekutuan dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada sidang kali ini juga.
Pada 5 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Rang undang-undang (RUU) had tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun atau dua penggal.
Selain itu, tiga lagi RUU yang akan dibentangkan pada tahun ini ialah pemisahan bidang kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya, penubuhan Ombudsman dan Kebebasan Maklumat (FOI).
Terdahulu, Azalina turut memaklumkan, akan bertemu dengan ketua-ketua parti politik bagi mendapatkan sokongan lebih dua pertiga untuk memastikan pindaan itu diluluskan di Dewan Rakyat.
Tambahnya, RUU tersebut tidak melibatkan tidak melibatkan jawatan Ketua Menteri atau Menteri Besar.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Madani
#had PM
#Azalina Othman Said
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan