Skip to main content

Malaysia

Myanmar berhasrat perkukuh saluran sah kemasukan pekerja ke Malaysia

Min Aung Hlaing (kiri) pada sidang media bersama Anwar sempena lawatan rasminya ke Malaysia. -Foto Bernama
Min Aung Hlaing (kiri) pada sidang media bersama Anwar sempena lawatan rasminya ke Malaysia. -Foto Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Myanmar berhasrat memperkukuh kerjasama dengan Malaysia untuk memudahkan kemasukan pekerja melalui saluran sah dan melindungi mereka daripada eksploitasi.
  • Min Aung Hlaing menekankan pelaksanaan perjanjian dua hala berkaitan tenaga kerja serta penambahbaikan jaminan sosial dan kebajikan pekerja Myanmar di Malaysia.
  • Myanmar mengiktiraf sumbangan pekerja migran terhadap ekonomi Malaysia dan menghargai bantuan serta perlindungan kerajaan Malaysia kepada pekerja mereka.

PUTRAJAYA: Myanmar berhasrat memperkukuh kerjasama dengan Malaysia bagi memudahkan kemasukan pekerjanya melalui saluran yang sah, sekali gus melindungi mereka daripada eksploitasi.

Presidennya, Min Aung Hlaing berkata usaha itu turut merangkumi pelaksanaan perjanjian dua hala berkaitan tenaga kerja dengan lebih berkesan.

Menurut beliau, perkara berkenaan antara yang diberi penekanan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.

"Kami akan memudahkan kemasukan pekerja melalui saluran yang sah bagi melindungi mereka daripada eksploitasi, selain memastikan perjanjian dua hala berkaitan tenaga kerja dilaksanakan dengan berkesan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Anwar sempena lawatan rasminya ke Malaysia.

Dalam pada itu, Min Aung Hlaing berkata Myanmar dan Malaysia turut bersetuju bekerjasama bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pekerja Myanmar di negara ini terus terpelihara.

Katanya, kerjasama itu merangkumi aspek keselamatan di tempat kerja, perlindungan hak pekerja serta penambahbaikan jaminan sosial dan kebajikan.

Beliau turut mengiktiraf sumbangan pekerja migran Myanmar terhadap pembangunan ekonomi dan projek infrastruktur di Malaysia.

Menurutnya, tenaga dan usaha pekerja Myanmar memainkan peranan penting kepada kedua-dua negara.

Min Aung Hlaing turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia atas bantuan dan perlindungan yang diberikan kepada pekerja Myanmar di negara ini.

Beliau turut memaklumkan mengenai perbincangan antara Menteri Buruh Myanmar yang menyertai delegasinya dengan menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal buruh di Malaysia.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah tujuan utama Myanmar ingin memperkukuh kerjasama dengan Malaysia berkaitan pekerja? 
    A: Tujuan utama adalah untuk memudahkan kemasukan pekerja Myanmar melalui saluran yang sah dan melindungi mereka daripada eksploitasi.
  • Q: Apakah aspek yang ditekankan dalam kerjasama antara Myanmar dan Malaysia mengenai pekerja migran? 
    A: Aspek yang ditekankan termasuk keselamatan di tempat kerja, perlindungan hak pekerja, serta penambahbaikan jaminan sosial dan kebajikan pekerja Myanmar di Malaysia.
  • Q: Apakah pengiktirafan yang diberikan oleh Min Aung Hlaing terhadap pekerja Myanmar di Malaysia? 
    A: Min Aung Hlaing mengiktiraf sumbangan pekerja migran Myanmar terhadap pembangunan ekonomi dan projek infrastruktur di Malaysia.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Myanmar dan Malaysia berkaitan perjanjian dua hala tenaga kerja? 
    A: Kedua-dua negara bersetuju untuk melaksanakan perjanjian dua hala berkaitan tenaga kerja dengan lebih berkesan.
  • Q: Siapakah yang terlibat dalam perbincangan mengenai hal ehwal buruh antara Myanmar dan Malaysia? 
    A: Menteri Buruh Myanmar yang menyertai delegasi Min Aung Hlaing telah mengadakan perbincangan dengan menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal buruh di Malaysia.

Must Watch Video

Advertisement