awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemaah umrah meninggal dunia akibat komplikasi darah tinggi

Sinar Harian
Sinar Harian
04/06/2022
10:34 MYT
Jemaah umrah meninggal dunia akibat komplikasi darah tinggi
Seorang jemaah umrah wanita yang baru tiba di KLIA, Sepang pada Jumaat disahkan meninggal dunia akibat komplikasi darah tinggi. - Foto tular Facebook
SEPANG: Kematian seorang jemaah umrah wanita yang baru sahaja pulang dari Tanah Suci sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada Jumaat dipercayai akibat komplikasi darah tinggi.
Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada jam 1.10 tengah hari.
"Kejadian berlaku di laluan Gate 12 KLIA untuk pesawat MH8021.
"Pemeriksaan fizikal tiada kesan yang mencurigakan dan berdasarkan maklumat, mangsa berusia 53 tahun ada menghidap penyakit darah tinggi," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Beliau berkata, jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang dengan diiring pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) KLIA untuk tindakan lanjut.
Pada Sabtu, media melaporkan jemaah umrah tersebut rebah dan pengsan sejurus keluar dari pintu pesawat.
Menurut mutawif, jenazah telah selamat diuruskan dengan kerjasama baik dari kru Malaysia Airlines, kakitangan dan polis KLIA.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jemaah umrah
#meninggal dunia
#Malaysia Airlines
#darah tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan