NATIONAL
Jenazah Adibah Noor selamat dikebumikan

Jenazah Allahyarham Adibah Noor Mohamed Omar, 51, selamat dikebumikan pada jam 11.31 pagi di Tanah Perkuburan Islam Taman Permai hari ini. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jenazah penyanyi dan pelakon versatil Allahyarham Adibah Noor Mohamed Omar, 51, selamat dikebumikan pada jam 11.31 pagi di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, di sini, hari ini.
Pelantun lagu "Terlalu Istimewa" itu meninggal dunia pada jam 7.45 malam Sabtu (18 Jun) di sebuah hospital swasta di ibu negara, akibat kanser ovari.

Ratusan hadirin termasuk ahli keluarga, sahabat dan rakan artis tampil memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Antara rakan selebriti yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah penyanyi dan komposer Datuk M.Nasir, Anuar Zain, Datuk Hans Isaac, dan pelakon Remy Ishak.


Sepanjang hayatnya juga, Adibah dikenali sebagai individu yang senang mendekati pengikut dan peminatnya menerusi platform media sosial.
Allahyarham antara lain diingati sebagai figura umum yang suka mendidik berkaitan penguasaan bahasa Inggeris, selain berkongsi cerita seni persembahan dan kesedaran menjaga alam sekitar serta haiwan terutamanya kucing.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami