MALAYSIA
Jenazah Allahyarham Zara Qairina selamat dibawa keluar dari tanah perkuburan

Anggota polis mengawal kawasan Tanah Perkuburan Tanjung Hubi, Mesapol, Sipitang tempat Zara Qairina Mahathir, 13, dikebumikan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir selamat dibawa keluar dari Tanah Perkuburan Tanjung Hubi, Mesapol, pada jam 7.38 malam pada Sabtu membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan semula di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.
Ringkasan AI
- Jenazah Zara Qairina, 13, dibawa keluar dari Tanah Perkuburan Tanjung Hubi, Mesapol pada 7.38 malam Sabtu untuk bedah siasat semula di Hospital Queen Elizabeth I.
- Proses penggalian semula bermula jam 5.30 petang, disaksikan ibu mangsa, wakil JAIS, PDRM dan AGC.
- Tindakan diambil selepas AGC mengarahkan siasatan semula berhubung insiden mangsa jatuh dari tingkat tiga asrama pada 16 Julai lalu.
Menurut beliau, proses itu turut disaksikan ibu Allahyarham, Noraidah Lamat; wakil Jabatan Agama Islam Sabah; Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC).
Pada Jumaat lalu, AGC mengarahkan pihak berkuasa mengorek semula kubur Zara Qairina, yang sebelum ini dikebumikan selepas dipercayai terjatuh dari bangunan asrama.
Mangsa dilapor terjatuh dari tingkat tiga dan ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu.
Allahyarham kemudian disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami