awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UMNO bukan 'daun kari', UMNO adalah tiang seri kestabilan negara - Ahmad Zahid
Suami isteri maut dibunuh: Terdapat 11 kesan tikaman di leher, dada
Dua maut dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Puncak Borneo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Almarhum Tengku Intan Zaharah selamat disemadikan

Bernama
Bernama
25/01/2015
11:29 MYT
Jenazah Almarhum Tengku Intan Zaharah selamat disemadikan
Jenazah Tengku Intan Zaharah Almarhum Tengku Seri Setia Raja Tengku Hitam Omar selamat disemadikan di Makam Diraja Terengganu hari ini.
Jenazah Tengku Ampuan Tua Terengganu, Tengku Intan Zaharah Almarhum Tengku Seri Setia Raja Tengku Hitam Omar selamat disemadikan bersebelahan makam suami baginda, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Makam Diraja Terengganu di Masjid Abidin di sini selepas solat zuhur hari ini.
Istiadat pengebumian dan bacaan talkin disempurnakan Mufti Terengganu Dr Zulkifly Muda.
Turut hadir kerabat diraja Terengganu, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Osman Muda serta anggota Majlis Mesyuarat Negeri.
Sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pukul 10.15 pagi ini dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Subang, jenazah Almarhum dibawa ke Istana Maziah untuk membolehkan orang kenamaan dan rakyat jelata memberi penghormatan terakhir.
Turut berangkat memberi penghormatan terakhir ialah Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Asegaff, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, Tengku Sri Temenggung Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud serta kerabat diraja lain.
Almarhum Tengku Intan Zaharah, 86, yang merupakan Raja Permaisuri Agong keempat, mangkat di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara pukul 3.26 petang semalam.
Topic Berkaitan
#jenazah
#mangkat
#Tengku Ampuan Tua
#Tengku Intan Zaharah
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan