awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Arman San selamat dikebumi di Lahad Datu

Bernama
Bernama
29/08/2024
16:35 MYT
Jenazah Arman San selamat dikebumi di Lahad Datu
Hermansa Senda ayah kepada Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa menyiram air mawar di atas pusara anaknya yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Terusan. - Foto BERNAMA
LAHAD DATU: Jenazah Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa selamat dikebumi pada 10.55 malam ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Terusan di sini.
Arman San, 28, yang meninggal dunia dalam operasi salvaj KD Pendekar semalam, dikebumikan mengikut istiadat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan dibantu penduduk setempat.
Turut hadir Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api Laksamana Pertama Dr Tay Yap Leong, Panglima Markas Wilayah Laut 2 TLDM Laksamana Muda Datuk Khir Junaidi Idris dan bapa Allahyarham iaitu Hermansa Senda, ahli keluarga lain serta sahabat handai.
Sebelum itu, jasad Arman San dibawa ke kediaman keluarganya di Kampung Sapagaya, Silam dan solat jenazah dilakukan di surau berhampiran.
Arman San, 28, berkhidmat sebagai Penyelam Ranjau TLDM dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenazah
#Arman San Hermansa
#selamat dikebumi
#KD Pendekar
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan