Jenazah Bung Moktar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas

Allahyarham Bung Moktar Radin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas pada jam 2.25 petang Jumaat. -Foto Bernama
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini awal pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas pada 2.25 petang.
Ringkasan AI
- Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas selepas meninggal dunia di hospital swasta.
- Pengebumian tokoh politik yang disambut dengan hujan gerimis menunjukkan kasih sayang rakyat Sabah kepadanya.
- Rakyat pelbagai kaum dan agama turut hadir memberi penghormatan terakhir, termasuk Menteri Pelancongan Sabah dan rakan seperjuangan Bung Moktar.
Terdahulu, van membawa jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan itu pada 1.45 tengah hari, disambut orang ramai daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama dalam suasana hiba, menggambarkan kasih sayang tidak berbelah bahagi rakyat kepada beliau.
Mereka yang hadir kemudian berpusu-pusu membantu urusan pengebumian termasuk mengangkat jenazah, menyediakan tapak perkuburan dan melakukan kerja-kerja tanah.
Turut hadir memberi penghormatan terakhir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang juga Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Ariffin, Bendahari UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar, sanak saudara dan rakan seperjuangan Allahyarham.
Bung Moktar, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.46 pagi tadi dan pemergian itu disahkan anaknya Naim Kurniawan Moktar.
Bung Moktar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-17 pada 29 Nov.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah yang hadir memberi penghormatan terakhir semasa pengebumian Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin? A: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Setiausaha UMNO Sabah, Bendahari UMNO Sabah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, sanak saudara, dan rakan seperjuangan beliau turut hadir memberi penghormatan terakhir.
- Q: Apakah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pernah dipertahankan oleh Bung Moktar? A: Bung Moktar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-17.
- Q: Bagaimanakah reaksi orang ramai daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama semasa pengebumian Bung Moktar? A: Orang ramai daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama hadir dalam suasana hiba, menggambarkan kasih sayang tidak berbelah bahagi rakyat kepada beliau semasa pengebumian.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

