awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah dua beradik lemas di Pantai Tanjung Buloh selamat dikebumikan

Bernama
Bernama
02/05/2023
12:14 MYT
Jenazah dua beradik lemas di Pantai Tanjung Buloh selamat dikebumikan
Jenazah Siti Rabiah Johari dan Siti Nursalina selamat dikebumikan dalam satu liang lahad pada 11.15 pagi tadi. - Gambar Bernama
KOTA TINGGI: Jenazah dua beradik perempuan yang lemas di Pantai Awam Tanjung Buloh, Kuala Sedili semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 4, Jalan Lombong, di sini pagi ini.
Jenazah Siti Rabiah Johari, 13, dan adiknya Siti Nursalina, 10, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad pada 11.15 pagi tadi.
Terdahulu, jenazah dibedah siasat di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT), sebelum disembahyangkan di Masjid An Nur Kampung Batu Ampat di sini dan diberi penghormatan terakhir oleh ahli keluarga serta kenalan.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora dilaporkan berkata kegembiraan enam sekeluarga bermandi-manda di Pantai Awam Tanjung Buloh sempena cuti umum Hari Pekerja bertukar tragedi apabila dua daripada mereka ditemukan lemas oleh orang awam, petang semalam.
Hussin dipetik berkata mayat Siti Rabiah ditemukan kira-kira 50 meter dari pantai berkenaan pada 4 petang, manakala mayat Siti Nursalina dijumpai 15 minit kemudian pada jarak 15 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenazah dua beradik lemas
#pantai awam tanjung buloh
#Siti Robiah Johari
#Siti Nursalina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan