awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah empat sekeluarga selamat dikebumikan

Bernama
Bernama
03/06/2018
21:12 MYT
Jenazah empat sekeluarga selamat dikebumikan
Jenazah empat beranak yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur disembahyangkan di perkarangan Unit Forensik Hospital Jengka sebelum dibawa pulang ke Kemaman untuk dikebumikan. --fotoBERNAMA
Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 161.4 Lebuhraya Pantai Timur 1 dari arah Kuala Lumpur pagi Ahad di Maran, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad pada pukul 11.45 malam tadi.
Kesemua jenazah mangsa iaitu Azian Abdullah, 50, Fatin Najwa Mazlan, 27, Fatin Nur Adriana, 15, dan Mohd Danis Najmi, 10, tiba di Tanah Perkuburan Islam Bandar Cheneh Baru dari Hospital Jengka, Maran kira-kira pukul 10.50 malam tadi.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan semasa proses pengebumian dijalan dengan kehadiran kira-kira 500 orang anggota keluarga, kenalan dan penduduk kampung yang datang bagi memberi penghormatan terakhir buat kesemua mangsa.
Suami dan bapa kepada semua mangsa kemalangan tragis Mazlan Mohd Rashid, 54, kelihatan tabah menguruskan perjalanan terakhir keempat-empat anggota keluarganya.
BACA: Empat termasuk tiga wanita maut kemalangan di LPT
BACA: Maut selepas beli-belah hari raya
BACA: Tragedi LPT: Suami pilu hilang isteri, tiga anak sekelip mata
Sebelum itu jenazah dibawa ke Surau Al-Ridhuan Peringkat Empat, Bandar Cheneh Baru pada pukul 10.15 malam. Ketibaan jenazah telah disambut dan disembahyangkan oleh 1,000 jemaah dan penduduk kampung sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Dua anak Mazlan yang terselamat dalam kemalangan itu iaitu Fatin Nur Athirah, 19, dan Mohd Shahrul Ikram, 20, tetap hadir ke tanah perkuburan diiringi saudara mara dan ahli keluarga yang lain bagi melihat jenazah ibu dan adik-beradik mereka buat kali terakhir.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#bapa
#empat sekeluarga
#jenazah
#kebumi
#kemalangan
#LPT
#mangsa
#Maran
#maut
#Mazlan Mohd Rashid
#Pantai Timur
#suami
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan