awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Penguatkuasaan terhadap aktiviti tidak berlesen diberi tumpuan utama - Tiong King Sing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah ibu Menteri Kanan Kerja Raya selamat disemadikan

Azizah Alwi
Azizah Alwi
14/01/2021
08:25 MYT
Jenazah ibu Menteri Kanan Kerja Raya selamat disemadikan
Fadillah (berbaju putih) menyiram air mawar di pusara ibunya selepas disemadikan di Tanah Perkuburan Samariang Kuching. - Foto Astro AWANI.
KUCHING:Jenazah ibu kepada Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Samariang di sini pada jam 10.45 pagi Khamis.
Allahyarham Dayang Rosnah Abang Madeli menghembuskan nafas terakhir di kediaman Fadillah di PJ Heights, Jalan Sultan Tengah pada jam 6.39 petang semalam.
Turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham ialah Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Beliau turut menyertai solat jenazah sebelum disemadikan.
Abang Johari (kiri) hadir memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham.
Abang Johari (kiri) hadir memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham.
Fadillah menerusi Setiausaha Akhbarnya, Misiah Taib memberitahu, beliau dan keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pemimpin negara dan rakyat Malaysia yang menghulurkan ucapan takziah.
"Maafkan kami kerana terpaksa melarang orang ramai untuk datang menziarahi di rumah kami, demi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan.
"Kami juga mohon maaf kerana tidak dapat membalas satu persatu, ucapan takziah yang disampaikan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#Menteri Kanan Kerja Raya
#Dayang Rosnah Abang Medeli
#Kuching
#meninggal dunia
#Semadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan