NATIONAL
Jenazah ibu mentua, anak Syafiq Ahmad dikebumi dalam satu liang

Suasana pilu menyelubungi sewaktu Syafiq mendukung jenazah anaknya sambil ditenteramkan oleh rakan-rakannya.
PENDANG:Jenazah ibu mentua dan bayi lelaki penyerang JDT, Muhammad Syafiq Ahmad dijangka dikebumi dalam satu liang di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Murai, Padang Pusing, Pendang kira-kira jam 6 petang ini.
Bapa mentuanya, Norain Shahadan, 50, berkata, mereka sekeluarga sedang menunggu kepulangan jenazah isterinya, Zainab Wahab, 46, dan cucunya, Muhammad Aisy Saqeef, berusia 22 hari, yang dijangka tiba di Jalan Padang Pusing, jam 5.30 petang.
Katanya, jenazah dijangka dikebumikan selepas selesai solat jenazah dan penghormatan akhir daripada ahli keluarga.
Sementara itu, tinjauan di kediaman keluarga mentua Muhammad Syafiq mendapati ahli keluarga, kenalan dan penduduk kampung memenuhi perkarangan kawasan itu.

Foto: Bernama
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi Ahad, tiga dilaporkan terbunuh ibu mentua Muhammad Syafiq, Zainan Wahab, 45, anaknya berusia 22 hari dan wanita warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.
Isterinya, Nur Amalina Norain, 25, cedera parah dan dirawat di Hospital Seberang Jaya.
Bagaimanapun, Muhammad Syafiq, 25, dan anak perempuannya Aaira Nur Safiyya, 2, hanya cedera ringan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami