PUTRAJAYA: Jenazah Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN Kamsiah Kamaruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini malam tadi.
Terdahulu beberapa ahli keluarga terdekat Allahyarhamah telah mula berhimpun di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) seawal pukul 9 malam, menunggu ketibaan jenazah untuk memberikan penghormatan terakhir.
Sebaik tiba kira-kira pukul 11 malam, jenazah Allahyarham dibawa ke ruang utama untuk urusan solat jenazah yang dipimpin oleh Imam masjid berkenaan Ustaz Hasrol Khalid, dan solat jenazah itu turut disertai oleh Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 54 tahun di Hospital Siloam Semanggi, Jakarta kira-kira pukul 7 malam (waktu tempatan) disebabkan denggi serta komplikasi kesihatan, dan jenazahnya tiba dengan pesawat Malaysia Airlines MH720 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 9 malam.
BACA: Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN, Kamsiah Kamaruddin meninggal dunia
Allahyarham berkhidmat di Wisma Putra sejak 1992 dan dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN pada 16 Julai 2019 serta pernah bertugas di Thailand dan Singapura.
Anak kelahiran Perak yang juga isteri kepada Duta Besar Malaysia ke Filipina Norman Muhammad itu pernah memegang pelbagai jawatan termasuk Setiausaha Bahagian Amerika, Timbalan Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia dan Setiausaha di Jabatan Hal Ehwal Dua Hala Eropah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022
Saifuddin (depan tiga, kiri) bersama jemaah lain mengaminkan doa selepas solat jenazah Allahyarham Kamsiah Kamaruddin. - Foto BERNAMA
KPDN gesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan segera kad fleet
KPDN menggesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan di Semenanjung Malaysia yang terpilih untuk segera memohon kad fleet.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 762 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 717 sen sekilogram.
Kemasukan ke hospital kerana hisap 'vape', termasuk golongan kanak-kanak meningkat 733 peratus dalam 4 tahun
Kemasukan kanak-kanak kerana penyakit berkaitan mengevap merupakan enam peratus daripada jumlah kemasukan keseluruhan dalam tahun 2020.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.
Forum Umrah dan Ziarah 2024 kini bermula
Setiap tahun, jutaan umat Islam mengembara ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah.
Bagi mencari penyelesaian yang bermakna buat jemaah, Forum Umrah & Ziarah 2024 menjadi medan penting dalam mengumpulkan semua pemain industri serta pakar berkaitan pendekatan yang lebih baik untuk pengalaman umrah yang bermakna.
#UmrahZiarah2024
Bagi mencari penyelesaian yang bermakna buat jemaah, Forum Umrah & Ziarah 2024 menjadi medan penting dalam mengumpulkan semua pemain industri serta pakar berkaitan pendekatan yang lebih baik untuk pengalaman umrah yang bermakna.
#UmrahZiarah2024
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat dijangka selesai esok
Pihak hospital telah menerima sepuluh jenazah anggota TLDM bagi prosedur bedah siasat sekitar jam 6 petang.
Break The Siege: Turki terus diasak kuasa besar untuk batalkan misi
Wartawan Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla di mana Kerajaan Turki dilaporkan terus dilobi beberapa negara kuasa besar bagi membatalkan Misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual berlepas pada 24 April 2024.
Perkembangan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun
Semua jenazah nahas dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM pagi tadi selamat tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh tepat jam 6.00 petang tadi.
Difahamkan, proses bedah siasat akan dijalankan di hospital berkenaan.
Perkembangan lanjut, kita bersama Ridauddin Daud yang kini berada di Ipoh.
Difahamkan, proses bedah siasat akan dijalankan di hospital berkenaan.
Perkembangan lanjut, kita bersama Ridauddin Daud yang kini berada di Ipoh.
Jenazah Kamsiah Kamaruddin selamat dikebumikan
Jenazah Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN Kamsiah Kamaruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20.