awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Kapten Hasman selamat tiba di New York

Astro Awani
Astro Awani
03/01/2016
04:26 MYT
Jenazah Kapten Hasman selamat tiba di New York
Hasman, seorang pegawai tentera darat yang berkursus di Missouri, Amerika Syarikat, dikhuatiri hilang apabila kenderaan dinaikinya bersama empat rakan kolejnya yang lain dihanyutkan banjir semasa mengharungi laluan di Pulaski County. - Gambar Bernama
Jenazah Kapten Hasman Hussin yang meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya hanyut dalam banjir di Missouri, Amerika Syarikat, selamat tiba di New York dari Missouri jam 5.30 pagi tadi waktu Malaysia.
Perkara itu disahkan oleh Sel Rerhubungan Raya Markas Tentera Darat dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
"Usaha kini sedang dibuat bagi menguruskan penerbangan jenazah berkenaan ke Malaysia," kata kenyataan itu lagi.
Menurut kenyataan itu, setakat ini, jadual penerbangan untuk membawa balik jenazah dari New York ke Malaysia belum dapat disahkan lagi.
"Jadual penerbangan dari New York ke Malaysia akan dimaklumkan setelah pengesahan diperolehi," katanya.
Allahyarham yang sedang menjalani kursus di Fort Leonard Wood sejak 1 Oktober lalu, dilaporkan hilang pada 26 Disember apabila kenderaan yang dinaiki bersama rakan kolejnya, dihanyutkan banjir deras di Missouri.
Insiden itu turut meragut nyawa empat rakannya dari negara lain.
Rabu lalu, Markas Tentera Darat mengesahkan mayat Allahyarham dijumpai pada 11 pagi, 28 Disember waktu tempatan.
Topic Berkaitan
#Fort Leonard Wood
#Hasman Hussin
#Missouri
#New York
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan