KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, Taman Melawati di sini pada 2.48 petang tadi.
Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati selepas solat Jumaat dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan industri perfileman.
Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia Khalil Saleh berkata kehilangan Ahmad satu kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana sumbangan Allahyarham dalam memperjuangkan kepentingan hak pemain industri berkenaan.
"Allahyarham adalah seorang yang cukup komited, dia seorang yang sangat menyumbang, dia pegang FDAM pun lama, jadi, dia pun mempunyai anak murid yang ramai dalam industri ini.
"Saya selalu ikut ke mana saja program yang dibawa, kebanyakan nasihat, saranan dan pendidikan filem sentiasa meniti di mulutnya.
"...walau berada dalam keadaan bekerja sekali pun kegemaran dia memang suka mengajar orang, sebab itu dia dikenali di seluruh peringkat industri filem.
"Pada hari yang mulia dan cukup indah ini dia pergi membawa seribu kenangan dan kami sangat terasa dengan pemergiannya," katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Al-Mardhiyah hari ini.
Penerbit filem Datuk Yusof Haslam yang telah mengenali Allahyarham sejak awal penglibatannya dalam industri perfileman sekitar 80-an berkata, beliau amat senang dengan keberadaan Ahmad yang disifatkan sebagai 'sempoi' dan tidak meninggi diri.
"...sepanjang saya kenal dia dan masa itu anak-anak saya baru muncul sebagai pengarah filem.
"Dia beritahu, jangan pernah halang anak-anak saya untuk berkarya kerana industri ini (filem) perlukan anjakan generasi baharu," katanya.
Bagi pelakon Deen Maidin atau nama sebenarnya Shamsuddin Maidin yang terkenal dengan watak Detektif Lingam dalam drama bersiri Gerak Khas pula berkata, Allahyarham merupakan seorang anak seni yang sangat komited dalam karyanya selain tegas dengan pendirian.
"Kalau nak cerita tentang sumbangan, banyak sebab dia orang lama, bayangkan sebelum zaman digital lagi.
"Masa semua masih manual dia dah berkecimpung dalam bidang ini dan dia memang berjuang untuk industri seni.
"Dia ialah seorang yang suka bersuara. Dia bukan jenis nak diam, duduk relaks, ikut sahaja, dia bukan pengikut, dia pemimpin.
"Kalau dia rasa nak buat sesuatu, dia buat, kalau rasa nak bangkang, dia akan cakap. Dia memang menghambakan diri untuk industri, dia memang sayang bidang ini," katanya.
Mat London yang juga pengarah turut dikenali sebagai pelakon menerusi drama komedi bersiri Kampong Pisang Bersiri-Siri arahan Allahyarham Mamat Khalid membawa watak Pak Karim.
Allahyarham yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur sejak 16 Jun lepas akibat jangkitan paru-paru, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 5.57 pagi tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023
Jenazah Allahyarham Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, Taman Melawati pada 2.48 petang tadi. -Astro AWANI/Shahir Omar
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
FDAM rayu benarkan penggambaran
Ahmad berkata anggaran 50 syarikat penerbitan mengemukakan permohonan penggambaran filem, iklan dan program televisyen setiap bulan sebelum PKP dikuatkuasakan.
Pelakon perlu bijak dan berilmu - Mat London
Pengarah filem dan drama, Dr Ahmad Ibrahim melihat masa depan artis tanah air yang perlu diserap dengan ilmu asas sebagai pelakon.