Jenazah juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, yang terkorban dalam nahas pesawat jenis Hawk 108 semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Lui Muda dekat sini pada kira-kira 10.30 pagi ini.
Terdahulu jenazah disembahyangkan di Masjid Felda Lui Timur dengan diimamkan imam masjid itu Mohd Rawal Md Isa, dan turut disertai kira-kira 200 jemaah terdiri daripada penduduk kampung dan anggota TUDM.
Turut hadir mengiringi jenazah ialah Panglima Bantuan Udara TUDM Leftenan Jeneral Datuk Wan Normazlan Che Jaafar, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang Datuk Jalaluddin Alias dan ADUN Sungai Lui Wan Mohd Razi Mohd Ali.
Allahyarham Mohd Hasri meninggalkan isteri, Asysyuhadak Ahmad, 30, dan seorang anak perempuan, Nur Hafiya, 8 bulan.
Perkarangan rumah ibu bapa Mohd Hasri dipenuhi penduduk kampung dan kira-kira 300 anggota TUDM daripada pangkalan Subang dan Labuan, bagi memberikan penghormatan akhir kepada Allahyarham.
Mohd Hasri dan rakannya juruterbang Mejar Yazmi Mohamed Yusof, terkorban apabila pesawat Hawk 108 yang dinaiki mereka dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu semalam.
Jasad mereka ditemukan pada pukul 2.30 petang semalam, dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain, dengan payung terjung masing-masing yang menunjukkan mereka telah melepaskan diri daripada pesawat itu.
Pesawat Hawk 108 itu berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan pada 11 pagi semalam, sebelum dilaporkan terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian.
Jenazah Yazmi, 39, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa, Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 16 2017
Mohd Hasri dan rakannya juruterbang Mejar Yazmi Mohamed Yusof, terkorban apabila pesawat Hawk 108 yang dinaiki mereka dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai. - Gambar fail
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Jenazah Mejar Mohd Hasri selamat dikebumi
Allahyarham Mohd Hasri meninggalkan isteri, Asysyuhadak Ahmad, 30, dan seorang anak perempuan, Nur Hafiya, 8 bulan.