awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Rozaid selamat dikebumikan

Sinar Harian
Sinar Harian
19/08/2024
04:05 MYT
Jenazah Rozaid selamat dikebumikan
Allahyarham Rozaid Abdul Rahman dibawa ke Tanah Perkuburan Islam, Presint 20,Putrajaya. - Gambar/ Sinar Harian
PUTRAJAYA: Jenazah Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO) Rozaid Abdul Rahman selamat dikebumikan di Perkuburan Presint 20, Putrajaya jam 10.50 pagi.
Terdahulu, Allahyarham dibawa ke Masjid Putra Height, Selangor untuk dimandikan dan solat jenazah sebelum tiba di tanah perkuburan, jam 10.30 pagi, Isnin, lapor Sinar Harian.
Selain ahli keluarga dan kenalan, turut kelihatan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Rozaid, 59, yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Sebelum ini, beliau dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
Allahyarham memulakan tugas di Sinar Harian pada 4 Januari 2021 sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya pada 30 Disember 2022.
Semasa dalam tempoh perkhidmatan, Allahyarham sempat melancarkan portal berita bahasa Inggeris Kumpulan Karangkraf iaitu Sinar Daily.
Rozaid, 59, berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan selama 40 tahun selepas memulakan kerjaya sebagai pemberita kadet di Utusan Malaysia pada April 1984. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rozaid
#meninggal dunia
#Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan