Skip to main content

Malaysia

Jenazah suami Nancy Shukri disolatkan di Masjid Negara sebelum pulang ke Kuching

Jenazah Datuk Kamil Misuari, suami kepada Nancy Shukri dibawa ke Masjid Negara malam ini bagi penghormatan terakhir dan solat jenazah sebelum diterbangkan ke Sarawak.
Jenazah Datuk Kamil Misuari, suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, dibawa ke Masjid Negara malam ini bagi penghormatan terakhir dan solat jenazah sebelum diterbangkan ke Sarawak untuk urusan pengebumian. - Foto Sinar Harian
Advertisement

KUALA LUMPUR: Jenazah Datuk Kamil Misuari, suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, dibawa ke Masjid Negara malam ini bagi penghormatan terakhir dan solat jenazah sebelum diterbangkan ke Sarawak untuk urusan pengebumian.

Pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi kenyataan hari ini memaklumkan pengurusan jenazah bermula dengan proses mandi jenazah di Hospital Ampang pada 9 malam.

Menurut kenyataan itu, jenazah dibawa ke Masjid Negara pada 10 malam bagi membolehkan ahli keluarga serta kenalan terdekat memberikan penghormatan terakhir.

“Solat jenazah dijadualkan berlangsung pada 10.50 malam. Selesai disolatkan, jenazah akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 11.20 malam untuk diterbangkan ke Sarawak,” menurut kenyataan itu.

Tinjauan Bernama di Jabatan Forensik Hospital Ampang mendapati ahli keluarga dan rakan terdekat Allahyarham telah berkumpul di hospital berkenaan, termasuk Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke hospital itu sejak Jumaat lepas sebelum kesihatannya semakin merosot tengah hari tadi.

Ahli keluarga dari Lahad Datu, Sabah turut berada di ibu negara bagi menziarahi Allahyarham buat kali terakhir.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement