NATIONAL
Jenazah Tun Rahah tiba di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi

Kenderaan yang membawa jenazah Tun Rahah tiba di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, pagi ini. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR:Jenazah Allahyarham Tun Rahah Mohamed Noah tiba di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi di sini, pada 7.50 pagi ini.
Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di masjid berkenaan sebelum orang ramai dibenarkan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari ini.
Keadaan di masjid berkenaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada masa ini.
Turut kelihatan di masjid tersebut ialah anak Allahyarhamah, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri keenam
Selepas urusan penghormatan terakhir itu, jenazah Allahyarham Tun Rahah akan dibawa ke Masjid Negara bagi Istiadat Pengebumian Negara.
Jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara.
Tun Rahah, 87, sebelum ini dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia petang semalam.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami