awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Tunku Deanna selamat dimakamkan di Seri Menanti

Bernama
Bernama
10/11/2017
07:48 MYT
Jenazah Tunku Deanna selamat dimakamkan di Seri Menanti
Kerabat diraja, orang kenamaan dan rakyat jelata mula membanjiri perkarangan istana untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum seawal 12.30 tengah hari tadi.
Jenazah Tunku Datin Deanna Tuanku Munawir, adinda bongsu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, selamat dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti di sini pada 2.18 petang tadi.
Jenazah Almarhum dibawa ke makam diraja itu dari Istana Besar Seri Menanti di sini oleh anggota-anggota Markas 1 Briged Kem Rasah dengan turut diiringi oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mat Ali Hassan dan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Dr Awaludin Said.
Sebelum itu, kira-kira 500 jemaah menunaikan solat jenazah Almarhum dengan diimamkan Mufti Kerajaan Negeri Datuk Mohd Yusof Ahmad di Masjid Diraja Tuanku Munawir Seri Menanti dan talkin pula dibacakan Imam Eksekutif masjid Abdul Rahman Ibrahim.
Kerabat diraja, orang kenamaan dan rakyat jelata mula membanjiri perkarangan istana untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum seawal 12.30 tengah hari tadi.
Antara kerabat yang hadir ialah Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Tengku Syarif Bendahara Perlis Datuk Seri Diraja Syed Badarudin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
Undang Luak Johol Datuk Muhamed Abdullah danNaib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali serta barisan exco kerajaan negeri juga antara yang memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum.
Tunku Deanna, 62, mangkat pada 4.24 petang semalam di Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur akibat diabetes.
Almarhum meninggalkan suami Tengku Datuk Amran Tengku Mohd Yusof dan tiga puteri berusia di antara 34 tahun hingga 41 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Istana Seri Menanti
#Menteri Besar
#Mohamad Hasan
#Negeri Sembilan
#Tuanku Muhriz Tuanku Munawir
#Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan