Jenazah kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azalan Miswan yang maut dalam satu kemalangan di Turki pada Rabu lepas, selamat dikebumikan pada pukul 9.40 malam Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini.
Terdahulu, jenazah Allahyarham yang tiba dari Turki kira-kira pukul 5.15 petang disembahyangkan di Surau An-Nuur Seksyen 20, Shah Alam selepas solat Isyak.
Turut menziarahi keluarga jenazah adalah Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Datuk Mohd Azizi Mohd Zain dan Ketua Pegawai Operasi PKNS, Norita Mohd Sidek.
Pada Rabu lepas, Azalan antara 35 kakitangan PKNS yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Afyonkarahisar, Turki ketika menyertai rombongan tahunan perbadanan itu ke negara berkenaan.
Allahyarham maut di tempat kejadian manakala empat lagi cedera parah dan mendapatkan rawatan di hospital Afyonkarahisar.
Azalan merupakan Pembantu Kanan Tadbir PKNS dan telah berkhidmat selama 28 tahun dengan perbadanan itu.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Siti Faredah Ahmad, 53, dan tiga anak iaitu Muhammad Aiman, 26, Nurafiqah, 24 dan Ariff Danial, 15.
Siti Faredah ketika ditemui pemberita selepas selesai majlis pengkebumian itu menzahirkan penghargaan kepada Wisma Putra kerana banyak membantu memudahkan pengurusan jenazah suaminya semasa di Turki.
"Mereka (Wisma Putra) banyak membantu daripada mula kami tiba di hospital di Turki sehingga membawa pulang jenazah ke Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, anak bongsu Allahyarham, Ariff Danial pula berkata arwah bapanya sempat menasihatkan dia untuk belajar bersungguh-sungguh sebelum berlepas ke Turki.
"Semasa kami dalam perjalanan untuk menghantar ayah pergi ke Turki, ayah ada memberi nasihat agar saya belajar rajin-rajin dan itu yang paling saya ingat," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sat Oct 19 2019
Jenazah Allahyarham Azalan Miswan 50, yang merupakan kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang maut dalam kemalangan di Turki dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam. - Bernama
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Jenazah warga PKNS, Azalan Miswan selamat dikebumikan
Azalan antara 35 kakitangan PKNS yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Afyonkarahisar, Turki ketika menyertai rombongan ke negara berkenaan.