Pemaju projek pembinaan di Bandar Baru Bukit Raja, Klang diarah menghentikan serta-merta kerja mereka susulan insiden jentera cerucuk besi menghempap kereta menyebabkan sepasang suami isteri terbunuh, tengah hari tadi.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) Datuk Ir Mohtar Musri berkata arahan itu dikeluarkan hari ini bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.
"Pegawai DOSH telah berada di tempat kejadian. Kita sudah beri arahan henti kerja dan tindakan akan diambil bergantung pada hasil siasatan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967.
Dalam kejadian pukul 12.35 tengah hari itu, Abd Rahim Abd Rahman, 51, dan isterinya, Nurhayati Rosli, 46, yang merupakan warga Indonesia, maut apabila kereta yang mereka naiki dihempap jentera cerucuk besi yang tumbang ketika melalui kawasan tapak pembinaan berkenaan.
Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. -- Bernama
Bernama
Fri Nov 04 2016
Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. - Foto Bernama
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Tingkatkan kualiti keselamatan pekerja dalam industri kelapa sawit
Polisi syarikat perlu diteliti dan dikemaskini dalam memastikan keselamatan serta kesihatan pekerja terjamin sepanjang menjalankan tugas.
JKKP keluar notis henti kerja susulan pekerja maut jatuh dari bumbung
JKKP Selangor keluarkan notis larangan bagi menghentikan aktiviti kerja membaik pulih bumbung kilang besi di Taman Perindustrian Bukit Raja, Klang, berikutan pekerja maut jatuh dari bumbung.
Insiden kren Lebuh Raya SUKE: Mayat terakhir dijangka dibawa turun menjelang tengah malam
Mayat seorang lelaki yang masih tersepit dalam insiden komponen kren runtuh di projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dijangka diturunkan pada jam 9 malam ini.
Peraturan keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak binaan diperluas
M Kula Segaran berkata, mengikut peraturan sedia ada keselamatan dan kesihatan pekerja, dibebankan sepenuhnya kepada pihak kontraktor.
Laporan forensik lif jatuh di PPR Kerinchi siap Jumaat ini
Laporan penuh siasatan forensik kejadian lif terhempas di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di Kuala Lumpur akan diserahkan pada Jumaat ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.
Lif perlu diselenggara syarikat kompeten sebelum diaudit - JKKP
Lif perlu diselenggara syarikat penyelengara yang kompeten sebelum diaudit - JKKP
Tragedi Bukit Kukus: Laporan siasatan diumum selepas Cuti Tahun Baharu Cina
Kerajaan Negeri oleh satu panel yang dipimpin oleh Timbalan Ketua Menteri 1, dan akan diumumkan selepas cuti Tahun Baharu Cina ini.
Ketua Menteri yakin projek Lebuhraya Bukit Kukus dibina dengan selamat
Jurutera akan melihat semula reka bentuk projek itu dan membuat pembetulan sekiranya diperlukan, selepas arahan memberhentikan kerja oleh DOSH ditarik balik.
Tiada kerja pembinaan dilakukan ketika kejadian tanah runtuh - Chow
DOSH keluarkan arahan berhentikan kerja projek lebuh raya itu susulan beberapa rasuk konkrit terjatuh di lereng Jalan Tun Sardon Khamis lepas.
Tragedi pelantar kren tumbang: Syarikat berdepan tindakan jika terbukti cuai - Fadillah
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengesahkan pegawai dari agensi CIDB akan "turun padang" bagi menyiasat kes kren tumbang, hingga mengorbankan dua nyawa di Samarahan pada Jumaat.