KUALA LUMPUR: Pasukan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) akan digerakkan bagi membantu masyarakat membuat pendaftaran dan mengemas kini maklumat dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata selain itu, Ahli Parlimen juga boleh menggerakkan jentera mereka dalam menggalakkan lagi proses pendaftaran PADU bagi mencapai sasaran 29 juta warganegara Malaysia mendaftar PADU menjelang 31 Mac depan.
"Kita ada mekanisme contohnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kita ada MPP dan tempat lain juga ada struktur sama. Jadi selain PEDi, jentera-jentera ini boleh dikerahkan untuk bantu komuniti," katanya selepas meninjau Program Jualan Termurah, Berkhidmat Untuk Rakyat di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini, hari ini.
"Saya lihat mungkin perlu ada sesi pendidikan atau latihan yang boleh diberikan, tempohnya baharu sahaja seminggu dibuka, yang celik teknologi maklumat mungkin sudah berjaya isi tetapi untuk capai sasaran menjelang hujung Mac, saya lihat bukan hanya bergantung pada PEDi tetapi Ahli Parlimen juga boleh main peranan," katanya.
Ditanya sama ada pendaftaran melalui borang akan diwujudkan susulan berlakunya kesesakan di PEDi bagi tujuan memudahkan warga emas mendaftar, Fahmi menegaskan pendaftaran melalui kaedah borang tidak akan diwujudkan kerana ia akan menambahkan kerja.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kenyataan seorang aktivis politik yang berharap bahawa PADU tidak dijadikan bahan kempen ketika Pilihan Raya Umum ke-16 kelak, Fahmi berkata PADU tidak akan disalah guna.
"Kalau sebelum ini ada pihak salah guna (program kerajaan), namun kita tidak berhasrat untuk melakukan perkara sama. Cara kita berkempen berbeza Insya-Allah tidak akan menyalahgunakan (PADU). Fungsi PADU memberi peluang kepada rakyat memasukkan data peribadi mereka secara 'hampir waktu nyata' dengan manfaat utamanya adalah bagi yang memerlukan bantuan, sokongan termasuk pemberian subsidi, itulah fungsi utamanya," katanya.
Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa 'Langkah Dubai' akan menjadi realiti, Fahmi berkata sebaiknya Muhammad Sanusi menumpukan kepada pentadbiran negeri.
"Sebelum dia bercakap mengenai Langkah Dubai, tanya dia apa jadi dengan litar lumba dekat Kedah?, saya rasa daripada dia beri komen tentang ini mungkin dia perlu ubah sikap beliau dahulu hentikan berkaraoke setiap malam dengan perempuan ajnabi.
"Fokus mentadbir, saya rasa ada isu yang kita mula lihat sama ada isu nadir bumi atau yang terkini dan sensasi adalah masalah Kedah FC, saya rasa beliau mempunyai lebih banyak masalah. Dia bukan Ahli Parlimen, jadi fokus pada tugas masing-masing," katanya.
Pada 30 Dis lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa Langkah Dubai timbul sewaktu percutian pemimpin pembangkang termasuk daripada pihak kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.
Dalam pada itu, mengulas mengenai penyelarasan dan rombakan J-KOM, Fahmi berkata perkara itu perlu melihat kepada fungsi jabatan itu sendiri dan setakat ini ia sedang diteliti.
"Saya jangka mungkin dalam bulan dua, beri sedikit masa. Saya melihat ada beberapa fungsi diperlukan, itu antara sebab kenapa kita hendak buat penyelarasan dan rombakan, kerana ia kelak perlulah berbeza daripada apa yang diusahakan sebelum ini," katanya.
Ditanya mengenai kenyataan Presiden Gerakan Dominic Lau yang mahu agar J-KOM ditutup agar dapat menjimatkan duit pembayar cukai, Fahmi berkata Lau mempunyai hak untuk menyatakan pendapatnya.
"Dia berhak memberi pandangan, kalau dia minta tutup J-KOM, saya tidak boleh tutup mulut dia, dia boleh sampaikan pandangannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024
Fahmi ketika ditemui pemberita selepas meninjau Jualan Termurah "Khidmat Demi Rakyat" anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai di Tapak Parkir Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi hari ini. - Foto Bernama
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Nadi dijangka tingkatkan literasi digital masyarakat luar bandar
Penambahbaikan fungsi PEDi kepada Nadi dapat memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dengan kemahiran teknologi terkini.
PEDi akan dijenama semula menjelang suku kedua 2024 - Fahmi
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dijangka dijenamakan semula menjelang suku kedua tahun ini.
Jentera PEDi, MPP, Ahli Parlimen bantu rakyat daftar PADU - Fahmi
Pasukan PEDi dan Majlis Perwakilan Penduduk akan digerakkan bagi membantu masyarakat membuat pendaftaran dan mengemas kini maklumat dalam PADU.
14 PEDi di Perlis mudahkan rakyat mendaftar PADU
Jabatan Perangkaan (DOSM) Perlis membuka kaunter Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di 14 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Perlis secara berjadual untuk memudahkan penduduk di negeri itu membuat pendaf
Tambah baik PEDi, tingkat usahawan dalam ekonomi digital - Fahmi
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan ditambah baik bagi mencapai sasaran Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).
PEDi bantu tingkatkan sosioekonomi komuniti tempatan - Fahmi
Ia kini berfungsi sebagai pemangkin ekonomi digital bagi membantu meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti tempatan.
Hala tuju baharu PEDi diumum 29 Nov ini - Fahmi
Hala tuju baharu Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan diumumkan pada sambutan Hari Anugerah PEDi, 29 Nov ini.
Belanjawan 2024: Pacu negara ke arah inovasi, teknologi tinggi, ekonomi digital - MCMC
Peruntukan kepada PEDi memperkasa usahawan untuk meningkatkan tahap sosioekonomi dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital negara.
Peruntukan RM25 juta dapat dimanfaat untuk bina 186 PEDi baharu - Fahmi
PEDi yang dibina itu akan berperanan sebagai pemangkin kepada ekonomi digital di peringkat setempat.
KKD wujudkan 72 PEDi tingkat ekonomi rakyat Kelantan - Fahmi
Fahmi berkata 2,294 daripada pengguna berkenaan telah menjadi usahawan aktif PEDi, di samping lebih 259,000 penyertaan latihan telah direkodkan.