Jentera Pemuda UMNO sedia membantu Barisan Nasional bagi memenangi Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N20 Sungai Limau.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin jentera pemuda sedia berganding bahu dalam membantu Barisan Nasional bagi menarik minat pengundi muda.
Tambah Khairy, sebanyak 11, 000 pengundi muda di DUN N20 Sungai Limau yang akan mengundi pada PRK yang ditetapkan 4 November nanti.
Katanya lagi, pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 Mei lalu, BN tidak mendapat banyak jumlah sokongan dari pengundi muda di DUN Sungai Limau namun ianya tidak mematahkan semangat BN untuk terus meyakinkan pengundi muda.

Beliau yang ditemui dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Pentadbiran Persatuan Belia dan Majlis Ramah Mesra bersama belia di Dewan Besar MBAS.
Dalam PRU ke-13 pada 5 Mei lalu, Azizan mengekalkan DUN Sungai Limau selepas menang dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru termasuk sepupu beliau, Mohd. Fazillah Mohd. Ali yang mewakili BN.
Ini merupakan PRK kedua selepas PRU ke-13 dengan yang pertama, PRK DUN Kuala Besut yang diadakan pada 24 Julai lalu ekoran pemergian Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.