awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun akhirnya tamatkan penggunaan cakera liut untuk urusan kerajaan

Amanz
Amanz
04/07/2024
06:10 MYT
Jepun akhirnya tamatkan penggunaan cakera liut untuk urusan kerajaan
Menteri Digital Jepun, Taro Kono berkata penggunaan cakera liut secara rasmi tidak lagi dilakukan pada 29 Jun. -Gambar fail
JEPUN akhirnya berjaya menamatkan penggunaan cakera liut bagi menjalankan urusn dengan agensi-agensi kerajaan.
Menteri Digital Jepun, Taro Kono berkata penggunaan cakera liut secara rasmi tidak lagi dilakukan pada 29 Jun.
Lebih 1,000 peraturan yang mengawal penggunaan cakera liut dalam urusan kerajaan akhirnya telah dipinda.
Langkah pendigitalan urusan kerajaan Jepun telah dimulakan oleh Taro Kono pada tahun 2022.
Tokyo menjadi bandar pertama di Jepun yang menghentikan keperluan storan fizikal dalam urusan pada tahun 2021.
Agak mengejutkan keperluan untuk berurusan dengan jabatan kerajaan menggunakan mesin faks juga hanya ditamatkan pada tahu 2021 tetapi menerima bantahan pelbagai agensi pada ketika itu.
Walaupun Jepun mempunyai imej sebagai negara yang canggih ketika dekad 80an, penggunaan teknologi terkini mula perlahan pada dekad 90an disebabkan oleh kemelesetan ekonomi yang sehingga kini belum pulih ke tahap 40 tahun yang lalu.
Generasi tua tidak bersedia untuk melakukan perubahan dalam kerja seharian dan mempelajari teknologi baharu mengambil masa untuk melatih kakitangan. -Amanz
Topic Berkaitan
#Jepun
#cakera liut
#generasi tua
#mesin fakz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan