awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas PAT hadapi empat pertuduhan, nekad bersihkan nama - Peguam
Cabaran Rachel pada ToC 2026 berakhir awal
Kertas Putih MHIT mampu pertingkat akses bagi penjagaan kesihatan - CIMB Securities
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun serius mahu bantu bangunkan Malaysia- Tun Dr. Mahathir

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
08/08/2019
09:42 MYT
Jepun serius mahu bantu bangunkan Malaysia- Tun Dr. Mahathir
Beliau berkata pelbagai idea serta perancangan telah dibincangkan bersama termasuklah cadangan melibatkan sistem pengangkutan awam dan hal ehwal ekonomi. - Foto Bernama
Kerajaan Jepun serius mahu memainkan peranan membantu Malaysia merencana pembangunan negara membabitkan pelbagai bidang serta kepakaran, ujar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, kesungguhan itu dapat dilihat semasa sesi kunjungan hormat Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Jepun, Dr Hiroto Izumi pada hari terakhir lawatan kerja ke Fukuoka pada Khamis.
Malah katanya, perjumpaan itu turut disertai sembilan pakar pelbagai bidang di Jepun.
Beliau berkata pelbagai idea serta perancangan telah dibincangkan bersama termasuklah cadangan melibatkan sistem pengangkutan awam dan hal ehwal ekonomi.
“Apabila saya datang sini, saya nampak kerajaan Jepun terutama Perdana Menterinya, berpendapat ini adalah satu peluang bagi Jepun untuk berbincang dengan saya tentang peranan Jepun menolong dalam pembangunan di Malaysia.
“Jadi beliau menghantar penasihatnya dan pakar dalam bidang rel dan semua aspek yang dapat dibincang dan saya dapat beri pendapat mengenai hutang, high speed rail, pendidikan dan macam-macam lagi. Semua dibincangkan dengan serius apa yang boleh mereka buat untuk menolong kita. Mereka juga minta pendapat kita,” katanya kepada wartawan Malaysia di Hotel Nikko Fukuoka pada Khamis.
Tambahnya, kesemua cadangan berkenaan akan dimaklumkan kepada Kabinet bagi menentukan tindakan selanjutnya.
Tun Dr Mahathir selesai melakukan lawatan kerja dua hari di Fukuoka pada Khamis selepas menghadiri beberapa program dan pertemuan dengan pihak kerajaan Jepun.
Ini merupakan lawatan kerja rasmi kedua Tun Dr Mahathir ke Fukuoka selepas ke bandar itu setahun lalu.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Fukouka
#Jepun
#kabinet
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#menteri
#pendidikan
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan