Skip to main content

Malaysia

Jerebu: 30 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 5 petang

SERIAN, 4 Sept - Keadaan berjerebu yang dirakam di Jalan Serian-Sri Aman, hari ini. Daerah Serian mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 518 setakat 10 pagi ini, sekali gus berada pada tahap sangat berbahaya akibat jerebu rentas sempadan. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Di Sarawak, tiga kawasan merekodkan bacaan tidak sihat, iaitu Kuching (172), IPD Serian (172) dan Samarahan (167). - Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 5 petang ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), bacaan tertinggi dicatatkan di Perak, iaitu Tasek, Ipoh (188), manakala tiga lagi kawasan di negeri itu turut merekodkan IPU tidak sihat, iaitu Seri Manjung (179), Pegoh, Ipoh (158) dan Taiping (155).

Di Sarawak, tiga kawasan merekodkan bacaan tidak sihat, iaitu Kuching (172), IPD Serian (172) dan Samarahan (167).

Turut berada pada tahap sama ialah di Selangor, iaitu Johan Setia (164), Shah Alam (156), Banting (154), Petaling Jaya (152) dan Klang (140), manakala satu kawasan di Kedah, iaitu Sungai Petani (155).

Di ibu negara, bacaan tidak sihat direkodkan di Cheras (155) dan Batu Muda (151), manakala di Putrajaya (158).

Di Melaka, bacaan IPU sama direkodkan di Bukit Rambai (154), Alor Gajah (153) dan Bandaraya Melaka (152), manakala di Johor melibatkan Batu Pahat (155), Segamat (152), Tangkak (148) dan Kluang (117).

Tiga kawasan di Pulau Pinang turut berada pada tahap tidak sihat, iaitu Minden (153), Seberang Jaya (152) dan Seberang Perai (151) manakala di Pahang melibatkan Jerantut (154).

Kawasan lain yang mencatat bacaan tidak sihat ialah Nilai (158) dan Seremban (155) di Negeri Sembilan, serta Kuala Terengganu, Terengganu (151).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement