awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Bacaan IPU terus menunjukkan penurunan 7 pagi ini

Bernama
Bernama
24/09/2019
00:00 MYT
Jerebu: Bacaan IPU terus menunjukkan penurunan 7 pagi ini
Bacaan IPU di seluruh negara menunjukkan penurunan pada pukul 7 pagi ini. -Gambar fail
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara menunjukkan penurunan pada pukul 7 pagi ini berbanding 12 tengah malam tadi walaupun kualiti udara di sebahagian besar kawasan di Semenanjung masih dalam kategori tidak sihat.
Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia, Klang di Selangor yang mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat (203) pada pukul 3 petang semalam merekodkan bacaan lebih rendah (168) iaitu dalam kategori tidak sihat pagi ini.
Kualiti udara di semua kawasan di Sarawak bertambah baik dengan bacaan IPU pada tahap sederhana.
Kementerian Pendidikan dalam kenyataan semalam berkata semua sekolah dibuka seperti biasa hari ini dan sebarang perubahan atau maklumat terbaharu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APIMS
#Indeks Pencemaran Udara
#IPU
#jerebu
#Johan Setia
#kualiti udara
#Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan