awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Bilik operasi dibuka bantu pelajar Malaysia di Riau

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
18/09/2015
00:19 MYT
Jerebu: Bilik operasi dibuka bantu pelajar Malaysia di Riau
Kementerian Luar telah membuka bilik operasi bagi memantau keadaan semasa di riau serta memberi bantuan kepada pelajar dan warganegara Malaysia yang terjejas teruk akibat jerebu di wilayah itu khususnya Pekanbaru. - Foto AFP
Kementerian Luar telah membuka bilik operasi bagi memantau keadaan semasa di Riau serta memberi bantuan kepada pelajar dan warganegara Malaysia yang terjejas teruk akibat jerebu di wilayah itu khususnya Pekanbaru, Indonesia.
Ia berikutan situasi jerebu luar biasa melanda Riau apabila indeks pencemaran udara (IPU) yang mencatatkan peningkatan melebihi bacaan 900 dengan tahap penglihatan tidak sampai 100 meter.
Kerajaan Malaysia menerusi konsulatnya di Pekanbaru turut mengarahkan pelajar Malaysia yang sedang menuntut di wilayah itu untuk pulang ke tanahair.
Pada 15 September lalu, Riau diisytiharkan sebagai wilayah darurat selepas jerebu di wilayah tersebut dilapor berada pada tahap sangat berbahaya.
Ia mengakibatkan 354 pelajar malaysia di Jambi, Pekanbaru dan Palembang di Sumatera, Indonesia terpaksa dipindahkan dari kampus universiti masing-masing.
Bilik Operasi Kementerian Luar Negeri boleh dihubungi melalui talian atau e-mel seperti berikut:
Talian terus: 03-8887 4570
E-mel: [email protected]
Bilik operasi Konsulat Malaysia di Pekanbaru juga telah turut dibuka dan boleh dihubungi di talian atau melalu ie-mel seperti berikut:
Talian terus: +62 761 856166/67
E-mel: [email protected]
Topic Berkaitan
#Bilik Operasi Kementerian Luar Negeri
#jerebu
#Riau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan