Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Cheras, Kluang kembali catat IPU tidak sihat, jumlah kawasan terjejas meningkat kepada 14

Cheras di Kuala Lumpur kembali ke kategori tidak sihat apabila bacaannya meningkat 17 mata kepada 117 berbanding 100 yang direkodkan pada jam 4 petang tadi. -Gambar fail/Bernama
Cheras di Kuala Lumpur kembali ke kategori tidak sihat apabila bacaannya meningkat 17 mata kepada 117 berbanding 100 yang direkodkan pada jam 4 petang tadi. -Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Jumlah kawasan dengan bacaan IPU tidak sihat meningkat kepada 14 stesen setakat jam 5 petang susulan perubahan bacaan di beberapa lokasi.
  • Nilai di Negeri Sembilan kekal mencatat bacaan IPU tertinggi negara pada 161, manakala Cheras dan Kluang kembali ke kategori tidak sihat.
  • Secara keseluruhan, 54 stesen lain berada dalam kategori sederhana dan baik, dengan Limbang, Sarawak merekodkan kualiti udara terbaik pada bacaan 41.

KUALA LUMPUR: Jumlah kawasan yang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat semula kepada 14 stesen setakat jam 5 petang ini susulan perubahan bacaan di beberapa kawasan.

Cheras di Kuala Lumpur kembali ke kategori tidak sihat apabila bacaannya meningkat 17 mata kepada 117 berbanding 100 yang direkodkan pada jam 4 petang tadi.

Kluang di Johor turut memasuki kategori tidak sihat selepas bacaan IPU meningkat lima mata kepada 104 berbanding 99 pada jam sebelumnya.

Sebaliknya, Bandaraya Melaka kembali ke kategori sederhana apabila bacaan IPU menurun satu mata daripada 100 kepada 99.

Nilai di Negeri Sembilan kekal mencatat bacaan IPU tertinggi negara walaupun menurun satu mata kepada 161 berbanding 162 sebelumnya.

Seremban pula meningkat satu mata kepada 158 berbanding 157 pada jam terdahulu.

Di Selangor, bacaan IPU di beberapa stesen utama menunjukkan perubahan kecil apabila Petaling Jaya meningkat satu mata kepada 155, manakala Klang menurun satu mata kepada 154. Johan Setia dan Shah Alam pula kekal pada bacaan masing-masing 155 dan 152.

Putrajaya serta Batu Muda di Kuala Lumpur turut kekal tidak berubah dengan bacaan masing-masing 151 dan 153 sejak satu jam lalu.

Bagi stesen terjejas lain, Banting di Selangor kekal pada bacaan 151, manakala Tangkak di Johor dan Bukit Rambai di Melaka masing-masing mencatat penurunan kepada 151 dan 153.

Port Dickson di Negeri Sembilan pula terus menunjukkan peningkatan kualiti udara apabila bacaan IPU menurun empat mata kepada 118 berbanding 122 sebelum ini.

Secara keseluruhan, 54 stesen pemantauan IPU lain di seluruh negara berada dalam kategori sederhana dan baik. Alor Gajah serta Bandaraya Melaka masing-masing merekodkan bacaan 99, iaitu yang tertinggi dalam kategori sederhana, manakala kualiti udara terbaik negara direkodkan di Limbang, Sarawak dengan bacaan 41.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Berapakah jumlah kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat setakat jam 5 petang? 
    A: Sebanyak 14 stesen mencatatkan bacaan IPU tidak sihat setakat jam 5 petang.
  • Q: Kawasan manakah yang mencatatkan bacaan IPU tertinggi di Malaysia? 
    A: Nilai di Negeri Sembilan mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 161.
  • Q: Apakah perubahan bacaan IPU di Cheras dan Kluang? 
    A: Cheras meningkat 17 mata kepada 117, manakala Kluang meningkat lima mata kepada 104, kedua-duanya memasuki kategori tidak sihat.
  • Q: Bagaimanakah status bacaan IPU di Bandaraya Melaka dan Port Dickson? 
    A: Bandaraya Melaka turun satu mata kepada 99 dan kembali ke kategori sederhana, manakala Port Dickson menurun empat mata kepada 118.
  • Q: Berapakah bilangan stesen yang merekodkan bacaan IPU dalam kategori sederhana dan baik? 
    A: Sebanyak 54 stesen pemantauan IPU lain di seluruh negara berada dalam kategori sederhana dan baik.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement