MELAKA: Orang ramai terutama golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik dinasihatkan sentiasa menjaga kesihatan dan mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan salur pernafasan ekoran keadaan berjerebu ketika ini.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka Ngwe Hee Sem berkata mereka juga disarankan agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai gejala sesak nafas, mengalami jangkitan selaput mata (konjunktivitis) atau serangan asma.
"Tiga penyakit berkaitan jerebu yang dipantau Jabatan Kesihatan Melaka ialah asma, jangkitan konjunktivitis dan saluran pernafasan di beberapa klinik kesihatan sentinel seluruh negeri dan Jabatan Kecemasan Hospital Melaka.
"Bagaimanapun daripada pemantauan berkenaan, tiada trend kenaikan ketara direkodkan bagi kesemua penyakit berkenaan sejak awal Mac hingga 30 Sept lepas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata Jabatan Kesihatan negeri akan meneruskan pemantauan serta bertindak mengikut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dan Pelan Tindakan Pengurusan Kesihatan Akibat Jerebu bagi menangani situasi semasa sekiranya keadaan semakin buruk.
Katanya sebagai langkah pencegahan penyakit berkenaan, orang ramai dinasihatkan duduk di rumah atau dalam bangunan dan mengelak berada lama di luar serta memakai pelitup muka.
Ngwe berkata mereka juga dinasihatkan mengikuti nasihat dan saranan kesihatan diberikan Jabatan Kesihatan serta mendapatkan maklumat berkaitan langkah pencegahan kesihatan akibat jerebu di laman sesawang https//:www.infosihat.gov.my dan www.moh.gov.my.
Indeks pencemaran udara (IPU) negeri Melaka merekodkan tahap tidak sihat di tiga kawasan di negeri itu iaitu Alor Gajah (122), Bukit Rambai (155) dan Bandaraya Melaka (134) pada 2 pagi semalam, manakala bacaan IPU berkenaan turun kepada tahap sederhana iaitu Alor Gajah (92), Bukit Rambai (92) dan Bandaraya Melaka (85) pada 12 tengah hari tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023

Orang ramai terutama golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik dinasihat mengambil langkah pencegahan bagi mengelak jangkitan salur pernafasan ekoran keadaan berjerebu ketika ini. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Penduduk risau, tidak benarkan anak keluar bermain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MEASAT sediakan ketersambungan internet kepada hampir 500 ribu penduduk luar bandar
MEASAT memberi tumpuan untuk memberikan ketersambungan internet kepada tiga hingga empat peratus penduduk luar bandar yang belum menikmati kemudahan itu.

Pertahanan Young Tigers perlu diperkemas - Maninderjit
Skuad Young Tigers perlu memperbaiki kelemahan di bahagian pertahanan seandainya mahu menundukkan Mesir pada perlawanan klasifikasi tempat kesembilan hingga 16 Kejohanan JWC esok.

Hon Jian-Muhammad Haikal raih kejuaraan kedua di India
Beregu muda lelaki negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri muncul juara Kejohanan Masters Guwahati 2023 di India, hari ini.
AWANI 7:45 [10/12/2023] - Penjelasan PM bersama TPM | Malam penentu All Stars Gegar Vaganza
Tiada lagi tebuk atap, atap Kerajaan Perpaduan kukuh ibarat konkrit.
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI capai matlamat, lebih 200,000 hadir
Penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari berjaya mencapai matlamat untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Zayn Rayyan | Setahun Kerajaan MADANI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.

Ukraine mungkin tidak sertai Sukan Olimpik Paris
Ukraine mungkin tidak akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 melainkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengubah pendiriannya.

Program setahun bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan - Menteri
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan kerana mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 230,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.

Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.

Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.

Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan laman web APIMS kendalian JAS, Klang di Selangor catat bacaan IPU tertinggi pada paras 153.

Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.

Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.

Kes kemasukan ke hospital meningkat dua kali ganda akibat jerebu - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, negara terpaksa berhadapan dengan kos yang sangat besar akibat jerebu yang melanda negara.

Batu Pahat, Larkin catat IPU tidak sihat pagi ini
Dua kawasan di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Jerebu: Bukit Rambai kekal catat IPU tidak sihat
Bukit Rambai di Melaka kekal mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini dengan bacaan 155.

Dua kawasan catat IPU tidak sihat
Dua kawasan berkenaan ialah Bukit Rambai, Melaka dengan bacaan IPU 153 dan Larkin, Johor (126).