Skip to main content

Malaysia

Jerebu: IPU Serian tertinggi, 18 kawasan catat bacaan tidak sihat

KUCHING, Sept 6 - Hazy conditions at Kampung Telaga Air Jetty, about 30 KM from Kuching city, today. Kuching recorded an unhealthy Air Pollutant Index (API) reading of 199 as of 2 pm today. The public are advised to exercise caution and limit outdoor activities if the haze worsens. - fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED
Sebanyak 18 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 8 pagi ini, dengan Serian, Sarawak merekodkan bacaan tertinggi iaitu 168. - Gambar fail/ Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 8 pagi ini, dengan Serian, Sarawak merekodkan bacaan tertinggi iaitu 168.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Seri Manjung, Perak merekodkan bacaan kedua tertinggi iaitu 164, diikuti Samarahan, Sarawak (163), Sri Aman, Sarawak (161) dan Sibu, Sarawak (160).

Batu Muda, Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor masing-masing mencatat IPU 156, manakala Putrajaya merekodkan bacaan 155.

Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Sarikei, Sarawak (152), Petaling Jaya, Selangor (151), Nilai, Negeri Sembilan (151) dan Bintulu, Sarawak (151).

Kapit, Sarawak pula mencatat IPU 126, diikuti Larkin, Johor (123), Tawau, Sabah (122) dan Tanjung Malim, Perak (118).

Bukit Rambai, Melaka dan Tangkak, Johor masing-masing merekodkan bacaan 107 dan 105.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Orang ramai, khususnya kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan pernafasan, dinasihatkan mengurangkan aktiviti fizikal di luar bangunan ketika keadaan kualiti udara tidak sihat.

Must Watch Video

Advertisement