awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Johan Setia kian mereda, penduduk tanggung kesan sampingan

Asyraf Malik
Asyraf Malik
21/07/2025
07:23 MYT
Jerebu: Johan Setia kian mereda, penduduk tanggung kesan sampingan
Jarak penglihatan sekitar Johan Setia semakin jelas pada pagi Isnin, menunjukkan pemulihan tahap kualiti udara selepas jerebu melanda negara. -Gambar Astro AWANI
KLANG: Kawasan Johan Setia di Klang mula merekodkan bacaan tidak sihat menerusi Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada Sabtu dan Ahad lalu.
Catatan angka 152 pada Ahad di kawasan berkenaan menunjukkan ia antara kawasan paling teruk terjejas oleh jerebu yang melanda negara kali ini.
Tinjauan Astro AWANI di Johan Setia pada pagi Isnin mendapati jerebu semakin reda dengan jarak penglihatan kembali normal dan tiada lagi bau asap, yang mulai dirasai penduduk-penduduk kawasan terjejas sejak Sabtu.
Bagaimanapun, beberapa penduduk di Johan Setia ketika ditemui mendedahkan mengalami masalah kesihatan berkaitan pernafasan, dipercayai berpunca daripada jerebu.
.
Norhayati menceritakan gangguan pada kualiti hidupnya akibat jerebu.
Seorang penduduk, yang hanya mahu dikenali sebagai Norhayati, 46, berkongsi bahawa dia mulai rasa kurang selesa pada bahagian tekak.
"Dia macam perit tekak ini, asyik haus dan kering je rasa. Mata pun pedih. Alhamdulillah ... hari ini (Isnin) keadaan nampak reda, hari Sabtu lalu (cuaca) gelap tengok sebab jerebu.
"Angin pun kencang, mungkin sebab itu boleh menolak jerebu dengan cepat," ujarnya.
.
Asrina berasa kurang sihat selepas jerebu melanda kawasan Johan Setia.
Turut berkongsi isu sama, wanita mahu dikenali sebagai Asrina, 50, yang berasa tidak sedap badan sejurus jerebu melanda.
"Dalam dua hari ini saya rasa macam nak demam, selesema, batuk, bersin dan sakit tekak," katanya.
Seorang pengusaha gerai makanan yang hanya mahu dikenali sebagai, Siti Nurhaliza belum boleh menghela nafas lega, dan dia mengakui mengambil langkah berwaspada demi keselamatan anak-anaknya.
"Saya dengan anak masih belum berani keluar rumah, kami duduk dalam sahaja, sebab risau masih ada saki-baki jerebu, takut boleh ganggu kesihatan kami," ujarnya.
Topic Berkaitan
#jerebu
#Indeks Pencemaran Udara
#bacaan tidak sihat
#Johan Setia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan