Ringkasan AI
- Klang di Selangor dan Pasir Gudang di Johor mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 176 setakat 11 pagi ini.
- Data APIMS menunjukkan 27 kawasan berada dalam kategori Tidak Sihat, 39 kawasan Sederhana, dan dua kawasan pada tahap Baik.
- Kualiti udara di Lembah Klang, Johor, Pahang, Terengganu, dan Sarawak menunjukkan perubahan bacaan IPU, dengan beberapa kawasan meningkat atau menurun sedikit.
KUALA LUMPUR: Klang di Selangor dan Pasir Gudang di Johor kini merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi negara apabila kedua-dua kawasan mencatat bacaan 176 setakat jam 11 pagi ini.
Berdasarkan data terkini portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 27 kawasan berada dalam kategori Tidak Sihat, manakala 39 kawasan mencatat bacaan Sederhana dan dua kawasan berada pada tahap Baik.
Bacaan IPU di beberapa kawasan Lembah Klang turut menunjukkan peningkatan apabila Johan Setia meningkat kepada 175 berbanding 174 pada jam 10 pagi. Cheras di Kuala Lumpur dan Bukit Rambai, Melaka pula kekal pada bacaan 170.
Beberapa kawasan lain dalam kategori Tidak Sihat turut mencatat peningkatan satu mata iaitu Kota Tinggi (167), Pengerang (165), Indera Mahkota di Kuantan, Pahang (157) dan Kemaman, Terengganu (157).
Sementara itu, Batu Muda di Kuala Lumpur mencatat penurunan kecil kepada 164 berbanding 165 sejam sebelumnya. Di Sarawak, bacaan IPU di IPD Serian menurun kepada 147 daripada 151, manakala Sri Aman meningkat kepada 141 berbanding 138 pada jam 10 pagi.
Tangkak di Johor turut menunjukkan penurunan kepada 146 daripada 150 sebelumnya.
Di utara Semenanjung, Kangar di Perlis kekal pada bacaan 50, sementara Langkawi di Kedah meningkat sedikit kepada 42. Kedua-dua kawasan itu kekal sebagai satu-satunya lokasi yang merekodkan kualiti udara pada tahap Baik setakat 11 pagi ini.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 sebagai Sederhana, 101 hingga 200 sebagai Tidak Sihat, 201 hingga 300 sebagai Sangat Tidak Sihat dan melebihi 300 sebagai Berbahaya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi setakat 11 pagi ini?
A: Klang di Selangor dan Pasir Gudang di Johor mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 176 setakat 11 pagi ini. - Q: Berapakah jumlah kawasan yang berada dalam kategori Tidak Sihat menurut data APIMS Jabatan Alam Sekitar?
A: Sebanyak 27 kawasan berada dalam kategori Tidak Sihat menurut data APIMS Jabatan Alam Sekitar. - Q: Apakah kategori bacaan IPU dan julat nilai yang ditetapkan?
A: Bacaan IPU 0-50 dikategorikan sebagai Baik, 51-100 sebagai Sederhana, 101-200 sebagai Tidak Sihat, 201-300 sebagai Sangat Tidak Sihat, dan melebihi 300 sebagai Berbahaya. - Q: Kawasan manakah yang mencatat kualiti udara pada tahap Baik setakat 11 pagi ini?
A: Kangar di Perlis dan Langkawi di Kedah merupakan satu-satunya kawasan yang mencatat kualiti udara pada tahap Baik setakat 11 pagi ini. - Q: Adakah terdapat perubahan bacaan IPU di kawasan Lembah Klang dan kawasan lain?
A: Ya, beberapa kawasan seperti Johan Setia, Cheras, Bukit Rambai, Kota Tinggi, Pengerang, Indera Mahkota, Kemaman, Batu Muda, IPD Serian, Sri Aman, dan Tangkak mencatat perubahan bacaan IPU sama ada peningkatan atau penurunan.