Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Lima kawasan catat IPU tidak sihat setakat 4 petang

Sumber: BERNAMA
Sebanyak lima kawasan, empat di Sarawak dan satu di Semenanjung, mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu setakat 4 petang ini. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak lima kawasan, empat di Sarawak dan satu di Semenanjung, mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu setakat 4 petang ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), empat kawasan di Sarawak yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (174), Sri Aman (164), Samarahan (154), Kuching (154).

Di Semenanjung, Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 131.

Secara keseluruhan, sebanyak 56 kawasan di seluruh negara berada pada tahap sederhana, manakala tujuh kawasan mencatat bacaan baik,  sementara tiada kawasan merekodkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat dan berbahaya.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement