Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Malaysia tunggu lampu hijau Indonesia, sedia aset bantu padam kebakaran - Fahmi

PUTRAJAYA, 26 Ogos -- Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media mingguan Kabinet di Menara Komunikasi hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menurut Fahmi, sehingga kini belum ada pengesahan mengenai bentuk kerjasama yang akan dilaksanakan termasuk penggunaan aset Malaysia bagi membantu memadam kebakaran. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

PUTRAJAYA: Malaysia sudah menyerahkan senarai aset yang boleh digunakan untuk membantu Indonesia menangani kebakaran dan jerebu.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil bagaimanapun berkata, kerajaan masih menunggu pengesahan serta kebenaran negara jiran itu bagi menggunakan aset berkenaan.

“Setakat ini, kita telah panjangkan melalui kedutaan, Wisma Putra dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)… dan NRES juga telah menyediakan senarai aset.

“Namun sehingga sekarang belum ada pengesahan tentang apa-apa bentuk kerjasama untuk guna pakai aset kita bagi membantu memadam kebakaran dan sebagainya. Jadi, belum ada kebenaran untuk menggunakan aset-aset Malaysia,” katanya pada sidang media mingguan, di sini, pada Rabu.

Fahmi yang merupakan jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian selepas ditanya mengenai status terkini jerebu serta kemungkinan Malaysia bekerjasama dengan Indonesia dalam menangani kebakaran yang menjadi antara punca pencemaran udara.

Menurut beliau, sehingga kini belum ada pengesahan mengenai bentuk kerjasama yang akan dilaksanakan termasuk penggunaan aset Malaysia bagi membantu memadam kebakaran.

Must Watch Video

Advertisement