Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Pembenihan awan dilaksana di kawasan IPU lebih 150, empangan susut

π‹πšπ©π¨π«πšπ§ 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐒 ππžπ¦π›πžπ§π’π‘πšπ§ π€π°πšπ§ (πŽππ€) 𝐝𝐒 𝐌𝐞π₯𝐚𝐀𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐉𝐨𝐑𝐨𝐫 Alhamdulillah, Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Melaka dan Johor yang berlangsung dari 20 hingga 23 April 2026 telah selesai dilaksanakan. Operasi kali ini dilaksanakan di 8 empangan dan 2 loji rawatan air di negeri Melaka pada 20 hingga 21 April 2026, diikuti negeri Johor pada 22 hingga 23 April 2026.
Operasi itu dilaksanakan menerusi kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). - Gambar fail
Advertisement

SERDANG: Operasi pembenihan awan sedang dilaksanakan di kawasan-kawasan yang dilanda jerebu terutama yang merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 150, selain kawasan empangan yang menunjukkan penyusutan paras air.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata operasi itu, dilaksanakan menerusi kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Beliau berkata langkah berkenaan penting, berikutan terdapat empangan yang merekodkan penyusutan paras air bagi mengelakkan gangguan bekalan air susulan cuaca panas ketika ini.

β€œIni wajib dilakukan, kerana kita tahu bahawa banyak empangan yang telah memperlihatkan kemerosotan tahap air. Hari ini pembenihan awan di Putrajaya dan 3 hingga 5 Sept di Sarawak, Kedah dan Perlis.

β€œPembenihan awan ini dibuat bukan sahaja mengikut keperluan, tetapi juga mengikut kesesuaian kerana biarpun ada awan, perlu dilihat arah pergerakan awan itu untuk menuju ke sesuatu kawasan yang disasarkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Laman Usahawan Desa KKDW pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini. 

Tiga kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU pada tahap bahaya setakat 12.30 tengah hari ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di stesen pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencecah 412, diikuti Samarahan (332) dan Kuching (304).

Sri Aman pula merekodkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat, iaitu 228.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement