Ringkasan AI
- Samarahan di Sarawak mencatat bacaan IPU 99, hampir memasuki kategori tidak sihat setakat jam 4 petang ini.
- Empat stesen di Johor dan Sarawak kekal dalam kategori tidak sihat dengan bacaan IPU melebihi 100, tertinggi di Pasir Gudang (156).
- Orang ramai, terutama golongan berisiko, dinasihatkan kurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka di kawasan terjejas.
KUALA LUMPUR: Samarahan di Sarawak menghampiri kategori tidak sihat apabila merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 99 setakat jam 4 petang ini.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), empat stesen pengawasan di Johor dan Sarawak kekal berada dalam kategori tidak sihat dengan bacaan melebihi 100.
Pasir Gudang di Johor terus merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 156. Larkin di Johor mencatatkan bacaan 152, manakala Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serian di Sarawak merekodkan bacaan 151.
Sri Aman di Sarawak pula mencatatkan penurunan kepada 139 berbanding 149 pada jam sebelumnya, namun masih berada dalam kategori tidak sihat.
Sementara itu, 60 stesen pengawasan di seluruh negara berada pada tahap sederhana.
Selain Samarahan yang mencatatkan bacaan 99, Kuching turut menghampiri kategori tidak sihat dengan bacaan 97, manakala Batu Pahat di Johor merekodkan bacaan 92.
Bagi kategori baik, iaitu bacaan IPU 50 dan ke bawah, hanya tiga stesen direkodkan setakat ini. Taiping di Perak mencatatkan bacaan 48, Langkawi di Kedah (43) dan Kangar di Perlis (35), yang turut merekodkan bacaan IPU terendah di negara ini.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 diklasifikasikan sebagai berbahaya.
Orang ramai khususnya kanak-kanak, warga emas dan individu yang menghidap asma atau penyakit pernafasan kronik dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar serta memakai pelitup muka jika perlu berada di kawasan terjejas bagi mengurangkan pendedahan kepada pencemar udara.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini di Samarahan, Sarawak?
A: Bacaan IPU di Samarahan, Sarawak ialah 99 setakat jam 4 petang, menghampiri kategori tidak sihat. - Q: Stesen manakah yang merekodkan bacaan IPU tertinggi di Malaysia?
A: Pasir Gudang di Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 156. - Q: Berapakah kategori bacaan IPU dan maksudnya?
A: Bacaan IPU 0-50 (baik), 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat), melebihi 300 (berbahaya). - Q: Apakah nasihat kepada orang ramai semasa bacaan IPU tidak sihat?
A: Orang ramai, terutama kanak-kanak, warga emas dan pesakit asma atau penyakit pernafasan kronik dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka di kawasan terjejas. - Q: Berapakah jumlah stesen yang mencatatkan bacaan IPU sederhana dan baik?
A: Sebanyak 60 stesen mencatatkan bacaan IPU sederhana, manakala hanya tiga stesen mencatatkan bacaan IPU kategori baik setakat ini.