Pengarah Pelajaran Johor Mohd Nor A. Ghani semalam mengumumkan penutupan sementara 200 buah sekolah di daerah Muar selama dua hari, berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang berada di tahap yang merbahayakan.

Berikutan itu, sekolah yang berada di daerah Batu Pahat dan Pasir Gudang juga turut di tutup bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.

Surat pekeliling juga telah dikeluarkan bagi semua sekolah-sekolah yang terlibat berikutan IPU berada di paras bahaya.

Pengetua di sekolah-sekolah yang berhadapan dengan kadar IPU yang semakin merbahaya mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.

Mohd Nor A. Ghani juga berkata, arahan akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.


Ahli Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim serta Pusat Khidmat Parlimen Muar telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan merangka pelan jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Menurut Datuk Razali Ibrahim, bagi jangka masa pendek mereka telah mengagihkan topeng muka berjumlah 20,000 keping di lima zon daerah Muar.

Terdapat sukarelawan yang membantu mengedarkan topeng-topeng tersebut yang akan disambung hari ini.

Selain itu Razali juga menasihatkan semua penduduk agar mematuhi arahan yang dikeluarkan dan menghadkan aktiviti luar.