Kementerian Pendidikan memaklumkan semua sekolah di seluruh negara dibuka semula pada hari ini (Khamis) berikutan keadaan jerebu yang semakin pulih.
Dalam satu kenyataan, kementerian memberitahu keputusan itu dibuat setelah meneliti bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara sehingga petang Rabu.
Jelas kenyataan itu, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah diminta terus memantau bacaan IPU serta boleh mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.
Ibu bapa yang mempunyai anak-anak terjejas akibat jerebu, terutama bagi yang mengalami masalah pernafasan, tidak perlu menghantar anak mereka ke sekolah.
Bagaimanapun ibu bapa berkenaan perlu memaklumkan kepada pihak sekolah mengenai anak mereka.
Pada Isnin, Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk dengan bacaan IPU menghampiri 200.
Sehingga 7 petang Rabu, hanya Sarawak mencatatkan bacaan IPU melebihi 150 iaitu di Kuching serta Samarahan 161, dan Seri Aman, 150.
Berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, pihak sekolah perlu memberhentikan segala aktiviti luar bilik darjah apabila bacaan IPU melebihi 150 dan menutup sekolah apabila bacaan IPU melebihi 200.
Wan Syamsul Amly
Thu Sep 17 2015
Semua sekolah di seluruh negara dibuka semula esok berikutan keadaan jerebu yang semakin pulih. -Gambar hiasan
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Jerebu: Lapan kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 5 petang
Lapan kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat setakat 5 petang ini.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan laman web APIMS kendalian JAS, Klang di Selangor catat bacaan IPU tertinggi pada paras 153.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Batu Pahat, Larkin catat IPU tidak sihat pagi ini
Dua kawasan di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat IPU tidak sihat
Dua kawasan berkenaan ialah Bukit Rambai, Melaka dengan bacaan IPU 153 dan Larkin, Johor (126).
Tiga kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Setakat jam 6 pagi, Bukit Rambai di Melaka, mencatatkan bacaan IPU paling tinggi dengan paras 155.
Jerebu: Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Empat kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini dengan Cheras di sini merekodkan bacaan tertinggi iaitu 160.