Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Semua sekolah di Selangor beroperasi semula Isnin kecuali di tiga daerah

Semua sekolah di Selangor yang ditutup akibat jerebu akan dibuka semula esok kecuali di Hulu Langat, Gombak dan Petaling Perdana. -Gambar fail
Semua sekolah di Selangor yang ditutup akibat jerebu akan dibuka semula esok kecuali di Hulu Langat, Gombak dan Petaling Perdana. -Gambar fail

Advertisement

Ringkasan AI

  • Semua sekolah di Selangor yang ditutup akibat jerebu akan dibuka semula esok kecuali di Hulu Langat, Gombak dan Petaling Perdana.
  • Penutupan di tiga daerah tersebut melibatkan semua sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.
  • Ibu bapa dan warga sekolah diminta merujuk makluman rasmi KPM, JPN dan PPD untuk perkembangan terkini serta memastikan keselamatan murid.

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Selangor yang ditutup pada Jumaat susulan jerebu akan kembali beroperasi semula esok, kecuali di tiga kawasan yang kekal ditutup.

Penutupan itu melibatkan sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Gombak dan Petaling Perdana.

“Penutupan ini melibatkan semua sekolah di ketiga-tiga daerah berkenaan. Sementara itu, semua sekolah di daerah-daerah lain di Selangor beroperasi seperti biasa.

“Pihak sekolah yang terlibat diminta memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa atau penjaga serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid sentiasa diutamakan,” menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor pada Ahad.

Perkembangan itu turut dimaklumkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menerusi hantaran di media sosial.

Beliau menyeru ibu bapa dan warga sekolah supaya merujuk makluman rasmi KPM, JPN dan PPD masing-masing untuk perkembangan terkini.

Fadhlina turut memaklumkan pembukaan semula sekolah pada Isnin melibatkan sekolah di Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Putrajaya, manakala di Kuala Lumpur, pembukaan semula hanya membabitkan sekolah di bawah PPD Sentul dan Keramat.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Sekolah di kawasan manakah di Selangor yang kekal ditutup akibat jerebu? 
    A: Sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Gombak dan Petaling Perdana kekal ditutup.
  • Q: Bilakah sekolah-sekolah lain di Selangor akan kembali beroperasi? 
    A: Semua sekolah di Selangor yang ditutup pada Jumaat akan kembali beroperasi semula esok, kecuali di tiga kawasan yang kekal ditutup.
  • Q: Apakah langkah yang perlu diambil oleh sekolah yang terlibat dengan penutupan? 
    A: Sekolah yang terlibat diminta memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa atau penjaga serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid sentiasa diutamakan.
  • Q: Siapakah yang memaklumkan perkembangan penutupan dan pembukaan semula sekolah ini? 
    A: Perkembangan ini dimaklumkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.
  • Q: Bagaimana ibu bapa dan warga sekolah boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai status sekolah? 
    A: Ibu bapa dan warga sekolah diseru merujuk makluman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), JPN dan PPD masing-masing untuk perkembangan terkini.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement