Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Tiga kawasan di Sarawak catat bacaan IPU tahap bahaya

SERIAN, 11 Ogos -- Pemandangan berjerebu dirakam di bandar Serian yang terletak kira-kira 60 kilometer dari bandaraya Kuching, hari ini.  Kualiti udara di Serian yang berdekatan dengan sempadan Malaysia-Indonesia semakin meningkat dengan indeks pencemaran udara (IPU) kian menghampiri tahap tidak sihat iaitu 190.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di stesen pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencecah 412, diikuti Samarahan (332) dan Kuching (304). -Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUCHING: Kawasan Serian, Samarahan dan Kuching mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap bahaya setakat 12.30 tengah hari ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di stesen pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencecah 412, diikuti Samarahan (332) dan Kuching (304).

Selain itu, Sri Aman merekodkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat, iaitu 228.

Kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat pula, antaranya Sarikei (197), Sibu (190), Bintulu (183), Mukah (176), Samalaju (175), Kapit (161), Miri (159) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (156).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai bahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement