Kebanyakan kes kematian dalam insiden kebakaran rumah kediaman adalah disebabkan mangsa terperangkap di dalam rumah akibat gagal keluar sebelum dilemaskan asap kerana jeriji yang gagal dibuka.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata kebanyakan kes kebakaran hanya disedari ketika api sudah marak, menyebabkan penghuni mempunyai masa yang amat singkat untuk bertindak.
“Jadi kita tidak dapat buat apa-apa, kalau ada pemadam api pun tak sempat untuk padam sebab api sudah besar," kata Wan Mohd Nor.
Namun, katanya JBPM belum bercadang mewujudkan undang-undang mewajibkan pemasangan jeriji mudah buka di setiap kediaman sebagai langkah proaktif mengelakkan kematian akibat kebakaran, sebaliknya memilih untuk memberi penekanan kepada mendidik masyarakat tentang langkah berjaga-jaga sebagai cara terbaik.
“Kita yakin sekiranya kita ambil tindakan lebih agresif dari segi kempen menggunakan saluran yang betul, sambutan daripada orang ramai akan lebih baik. Jadi cara terbaik seperti yang berlaku di negara-negara lain juga melalui public education.
“Bagaimanapun kita tidak menolak kemungkinan, sekiranya langkah kita ini tidak berkesan, memang ada dicadangkan dalam ahli mesyuarat bahawa kita perlu lihat peraturan standard dan undang-undang berkaitan untuk ditambah baik pada masa akan datang,” katanya selepas Mesyuarat Rekabentuk dan Pemasangan Jeriji dari Aspek Kemudahan Keselamatan Kebakaran di sini hari ini.
Jelasnya, undang-undang di negara ini juga tidak memberi kuasa untuk pihak bomba menjalankan penguatkuasaan, dalam hal ini untuk membolehkan bomba menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah.
“Jadi kita kena kira juga kalau kita ada undang-undang dari segi penguatkuasaan, adakah kita mampu untuk pergi rumah ke rumah, periksa sama ada ada dipasang jeriji mudah buka atau tidak,” jelasnya.
Seperti dimaklumkan beliau, syor JBPM untuk setiap kediaman memasang jeriji yang mudah dibuka dari dalam ketika kecemasan khususnya kebakaran sudah lama dibuat, tetapi nampaknya semakin dilupakan dan tiba masa untuk menegaskannya semula.
Hasil mesyuarat tersebut, pemaju perumahan akan dinasihatkan supaya setiap rumah yang dibina perlu dilengkapi jeriji yang mudah dibuka waktu kecemasan, dan menempatkannya di tempat yang strategik.
“Selalu kita pasang jeriji untuk keselamatan rumah daripada ancaman luar, tetapi kita sering lupa tentang keselamatan kita sebagai penghuni.
“Kita juga akan minta supaya ketika penyerahan kunci kepada pemilik kediaman, perlu disertakan bersama panduan pemasangan gril mengikut piawaian kita.”
Pada masa sama, penghuni juga disaran agar memasang alat penggera pengesan asap sebagai langkah mengesan kebakaran lebih awal.
“Sekiranya pengesan asap dipasang, sebarang kebakaran dapat dikesan ketika ia masih kecil. Jadi kita boleh bertindak sama ada untuk keluar dengan selamat ataupun menggunakan alat pemadam api untuk memadam kebakaran,” katanya.
Israr Khalid
Wed Mar 15 2017
JBPM belum bercadang mewujudkan undang-undang mewajibkan pemasangan jeriji mudah buka di setiap kediaman sebagai langkah proaktif mengelakkan kematian akibat kebakaran. -Gambar fail
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
AWANI Ringkas: Peguan Negara tarik semula rayuan terhadap pembebasan Zahid Hamidi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.
Usaha kerajaan dalam mempertingkatkan lagi EIA untuk lebih berkesan
Menurut Menteri NRES, Nik Nazmi, antara penambahbaikan kerajaan untuk penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) untuk lebih efektif, memperkukuh keperluan perundangan berkaitan EIA dan tadbir urus dalam penilaian laporan EIA, memperkasa prosedur penilaian EIA, pendigitalan EIA, pengukuhan libat urus awam dan pemantapan penguatkuasaan EIA.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Perancis umum pengunduran tenteranya dari Chad
Perancis memulakan pengunduran tenteranya dari Chad dengan perlepasan dua pesawat perang yang berpangkalan di ibu negaranya N'Djamena.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh
Dua buah kenderaan mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Lembah Maju, di sini pada Sabtu.
Tujuh individu sesat ketika daki Bukit Maras
Operasi pencarian melibatkan empat anggota Polis Diraja Malaysia dan 15 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Bomba kenal pasti 18 'hotspot' kepala air di Kelantan
Kesemua 'hotspot' berkenaan membabitkan kawasan rekreasi air terjun dan sungai termasuk Jeram Pasu dan Jeram Mengaji di Pasir Puteh yang sering menjadi lokasi tumpuan pelancong.
Tebing sungai runtuh, projek loji rawatan air tenggelam 19 meter
JBPM Selangor mengarahkan kerja-kerja pembinaan Projek Loji Rawatan Air berhampiran Taman Mas Puchong, dihentikan serta-merta susulan runtuhan tebing sungai, pada petang Sabtu.
Tanah jerlus Masjid India: ‘Takut bila ingat kejadian semalam’ - Peniaga
Pemilik kedai berhadapan lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Al Amin Abdul Kassim memaklumkan bimbang dengan keselamatan.
25 individu terperangkap akibat kejadian kepala air
Seramai 25 individu terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pisang, Gombak, tengah hari Ahad.
Tiga kilang perabot di Sungai Buloh hangus terbakar
Tiga buah kilang perabot musnah dalam kebakaran berhampiran Kampung Baru Sungai Buloh, pada Ahad.
Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba
Tujuh anggota dan pegawai JBPM Selangor turut melaksanakan operasi menyelamat seorang warga emas berusia 86 tahun di Kg Sungai Kantan.
JBPM beri keutamaan naik taraf, selenggara BBP lama
JBPM akan memberi keutamaan menaik taraf serta menyelenggara kemudahan balai bomba dan penyelamat yang lama menerusi bajet inisiatif diterima.
JBPM sasar periksa 17,000 bangunan tahun ini - Nga
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan untuk memeriksa sejumlah 17,000 bangunan daripada pelbagai kumpulan maksud kegunaan, pada tahun ini.