awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jho Low cakap 'Optimus Prime' ialah Najib' - Saksi

Sinar Harian
Sinar Harian
07/11/2022
08:02 MYT
'Jho Low cakap 'Optimus Prime' ialah Najib' - Saksi
Najib, 69, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang bekas Pengurus Perhubungan AmBank sekali lagi memetik gelaran Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, sebagai ‘Optimus Prime’ iaitu satu watak dalam filem aksi ‘Transformers’.
Saksi pendakwaan ke-41, Joanna Yu Ging Ping berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dalam prosiding perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan bekas Perdana Menteri itu.
Joanna, 51, berkata, ia merupakan kod nama gelaran dengan singkatan OP yang digunakan oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low ketika menghantar pesanan ringkas Blackberry berhubung urusan akaun bank semasa peribadi Najib pada Disember 2014.
Sri Ram: Mohon rujuk dokumen pesanan ringkas ini, ada perkataan OP, apa maksud kod itu?
Joanna: ‘Optimus Prime’, Jho Low cakap OP itu Najib.
Sri Ram: Bila Jho Low cakap OP itu Najib dan kenapa?
Joanna: Saya tak ingat bila, tapi mungkin menyentuh pesanan ringkas Blackberry atau cek bank.
Sri Ram: Anda pernah rasa curiga atau syak siapa sebenarnya OP?
Joanna: Tidak (tidak syak sesiapa).
Sri Ram: Namun dalam fikiran anda, siapa OP?
Joanna: Najib.
SP-41 itu mengulangi keterangannya pada Ogos 2019 ketika memberikan keterangan terhadap Najib dalam perbicaraan kes lain iaitu penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Dalam perbualan Blacberry itu, Jho Low memberitahu Joanna bahawa OP mungkin akan menutup akaun.
Najib, 69, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung tengah hari Isnin.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#Jho Low
#Najib Razak
#Joanna Yu Ging Ping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan