awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jika 6 cadangan PH ditolak, Belanjawan Perpaduan 2021 tidak akan berlaku - Guan Eng

Isabelle Leong
Isabelle Leong
02/11/2020
10:18 MYT
Jika 6 cadangan PH ditolak, Belanjawan Perpaduan 2021 tidak akan berlaku - Guan Eng
GUAN ENG: Belanjawan Perpaduan 2021 tidak akan berlaku jika kerajaan PN menolak enam langkah fiskal dan kewangan utama daripada PH demi menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian ekonomi rakyat Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Belanjawan Perpaduan 2021 tidak akan berlaku sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) menolak enam langkah fiskal dan kewangan utama yang dikemukakan Pakatan Harapan (PH) bagi menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan ekonomi rakyat negara ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan pada Isnin berkata ia mustahak bagi semua pihak bersama-sama merangka Belanjawan Perpaduan yang berkesan untuk membantu rakyat negara ini mengatasi kemelesetan ekonomi akibat penularan wabak COVID-19.
"Belanjawan Perpaduan 2021 tidak akan berlaku jika kerajaan PN menolak enam langkah fiskal dan kewangan utama daripada PH demi menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian ekonomi rakyat Malaysia.
“DAP ingin mengulangi bahawa Belanjawan Perpaduan ini sangat penting dalam menjunjung Titah Diraja yang menolak perisytiharan darurat untuk negara, mengelakkan permintaan seterusnya untuk darurat dan juga mengelakkan pilihan raya umum dalam tempoh terdekat, yang hanya akan menambah teruk jangkitan COVID-19.
BACA: Tiada keperluan isytihar darurat - Istana Negara
“Belanjawan Perpaduan tidak sama dengan apa yang disebut kerajaan perpaduan seperti yang dispekulasi,” katanya dalam kenyataan berkenaan.
BACA: Belanjawan 2021: Kerajaan sedang teliti cadangan pembangkang
BACA: SEMUA ANDA INGIN TAHU BERHUBUNG BAJET 2021
Bagaimanapun, Guan Eng berkata proses perundingan belanjawan tersebut bukan menunjukkan sokongan atau penerimaan terhadap keabsahan politik dan moral kerajaan PN sekarang.
“PH telah menyatakan dengan jelas bahawa proses perundingan belanjawan ini bukanlah menunjukkan sokongan atau penerimaan terhadap keabsahan politik dan moral Kerajaan Persekutuan PN sekarang.
“Sekiranya salah satu daripada enam langkah utama yang dicadangkan oleh PH ditolak, maka tidak akan ada Belanjawan Perpaduan yang berkesan untuk memberi manfaat kepada negara, ekonomi negara dan rakyat Malaysia,” tegasnya.
Berikut enam idea yang diusulkan PH kepada Kementerian Kewangan untuk Belanjawan Perpaduan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November ini:
1. Meningkatkan sumber Kementerian Kesihatan untuk Wabak COVID-19 dan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dengan peruntukan khas untuk menangani krisis COVID-19 di Sabah
2. Memperluas perlindungan sosial, jaring keselamatan dan pembayaran kebajikan bagi golongan berisiko dan menganggur dengan meningkatkan bantuan bulanan kebajikan kepada RM1,000 sehingga krisis COVID-19 berakhir seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri di Sandakan pada 30 Ogos yang akan menelan belanja RM12 bilion
3. Pelanjutan moratorium pembayaran balik pinjaman bank sehingga 31 Mac 2021 yang akan menelan belanja RM6.4 bilion
4. Meneruskan subsidi upah sehingga 31 Mac 2021 dan mewujudkan 600,000 pekerjaan seperti dalam program MalaysiaKerja dengan menawarkan insentif selama 2 tahun untuk majikan dan pekerja yang akan menelan belanja RM13 bilion
5. Peningkatan perbelanjaan pendidikan untuk memastikan kesinambungan pendidikan; dan
6. Perbelanjaan pembangunan untuk dua projek utama, iaitu, Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dan menaik taraf infrastruktur air untuk Selangor, Kelantan dan Pahang.
Topic Berkaitan
#Belanjawan Perpaduan 2021
#Perikatan Nasional
#langkah fiscal dan kewangan utama
#Pakistan Harapan
#PN
#PH
#COVID-19
#Setiausaha Agung DAP
#pembangkang
#Moratorium
#pelan gentian optik
#Belanjawan 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan