PUTRAJAYA:Pakatan Harapan (PH) mengemukakan enam cadangan utama kepada Kementerian Kewangan untuk Belanjawan Perpaduan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November ini.
Antara cadangan tersebut termasuk memperkasakan perlindungan sosial, jaringan keselamatan dan pembayaran kebajikan kepada golongan berisiko dan penganggur.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia termasuk meningkatkan bantuan kebajikan kepada RM1,000 sebagaimana dijanjikan kerajaan sehingga krisis COVID-19 berakhir.
“Belanjawan 2021 harus fokus untuk memenuhi keperluan ekonomi rakyat Malaysia, dengan mewujudkan dan memelihara pekerjaan rakyat, dan memastikan perniagaan dibantu untuk mereka terus bertahan.
BACA: Belanjawan 2021: Wakil pemimpin Pakatan Harapan jumpa Menteri Kewangan
“Secara asasnya, kami mendesak kerajaan untuk menerapkan dasar fiskal yang mengembang dengan tujuan utama untuk meringankan cabaran aliran tunai rakyat dan syarikat,” katanya dalam sidang media di perkarangan bangunan Kementerian Kewangan, di sini pada Ahad.
Sidang media bersama itu turut dihadiri Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata PH turut mencadangkan agar moratorium dilanjutkan sehingga 31 Mac 2021.
Berikut merupakan cadangan-cadangan lain:
- Meningkatkan peruntukan Kementerian Kesihatan untuk COVID-19 dan penyakit tidak berjangkit (NCD).
- Subsidi upah diteruskan sehingga 31 Mac 2021 dan mewujudkan 600,000 pekerjaan seperti program Malaysia@Kerja yang menyediakan insentif untuk tempoh dua tahun kepada majikan dan pekerja berharga RM13 bilion.
- Peningkatan perbelanjaan pendidikan untuk memastikan kelangsungan pendidikan.
Sehubungan itu, Saifuddin berkata PH berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan Belanjawan Perpaduan tersebut.
Dalam pada yang sama, beliau menegaskan PH menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong.
Hasimi Muhamad
Sun Nov 01 2020

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia termasuk meningkatkan bantuan kebajikan kepada RM1,000 sebagaimana dijanjikan kerajaan sehingga krisis COVID-19 berakhir. - Foto Astro AWANI/Hasimi Muhamad

AWANI Ringkas: Titah Agong: Petugas barisan hadapan, jangan putus asa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

"Antara hidup dan mati.." Imam Abdul Karim Omar kongsi keperitan COVID-19
Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sheikh Abdul Karim Omar berkongsi detik menginsafkan selepas disahkan positif COVID-19.

KPM syorkan guru ubahsuai cara PdPR bagi kekang masalah internet dan peranti
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibab Abdul Rahim, pihaknya mengambil maklum mengenai cabaran tersebut dan melakukan penambahbaikan bagi pelaksanaan pembelajaran tahun ini.

Ramai pelajar dah sampai ke asrama, namun tidak diwajibkan pulang semula ke rumah
Jelas Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim, pihaknya tidak mewajibkan pelajar tersebut untuk pulang ke rumah dan sebaliknya boleh tinggal di asrama dengan jagaan pihak kementerian pendidikan.

Masih dengan ketetapan, pelajar tidak perlu buat ujian saringan - KP Pelajaran
Kementerian Pendidikan Malaysia masih dengan ketetapan, pelajar atau pihak pengajar tidak perlu menjalani saringan Covid-19 Jika mahu menduduki peperiksaan atau pulang ke asrama dan kampus.

Pas mahu UMNO, Bersatu bergabung dalam PRU15 - Hadi
Pas mahukan supaya UMNO yang menerajui Muafakat Nasional, dan Bersatu yang mengetuai Perikatan Nasional 'bergabung' semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Proklamasi Darurat bantu pemulihan ekonomi - Tengku Zafrul
Dakwaan yang mengatakan Proklamasi Darurat menakutkan golongan pelabur adalah tidak tepat, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

COVID-19: Setiausaha Kesihatan Britain kuarantin diri, dikhuatiri ada kontak rapat
Beliau bertindak selepas mendapat notifikasi daripada aplikasi pengesanan kontak nasional bahawa beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19.

COVID-19 | Halimah Mohamed Sadique positif COVID-19
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamad Sadique disahkan positif jangkitan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan, selepas menjalani ujian saringan pada Isnin.

Dakwaan wanita, anak dijangkiti COVID-19 kerana kekhilafan KKM disiasat - Dr Noor Hisham
KKM sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa kekhilafan kementerian itu sehingga menyebabkan dia dan anaknya dijangkiti COVID-19 daripadanya suaminya.

Jika 6 cadangan PH ditolak, Belanjawan Perpaduan 2021 tidak akan berlaku - Guan Eng
Guan Eng berkata ia mustahak bagi semua pihak bersama-sama merangka Belanjawan Perpaduan yang berkesan untuk membantu rakyat negara ini mengatasi kemelesetan ekonomi akibat penularan wabak COVID-19.

Belanjawan 2021: Masih awal untuk pembangkang nyatakan sokongan
Pakatan Harapan (PH) menyifatkan masih terlalu awal untuk pihak pembangkang menyatakan sama ada mereka memberikan sokongan atau sebaliknya kepada Belanjawan 2021

Belanjawan 2021: PH kemuka enam cadangan kepada Kementerian Kewangan
Pakatan Harapan (PH) mengemukakan enam cadangan utama kepada Kementerian Kewangan untuk Belanjawan Perpaduan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November ini.